Posts

Showing posts with the label sakaratul maut

Kisah Azab Anak Derhaka Menghadapi Sakaratul Maut

Image
Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.“Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai. Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu. “Apa sakitnya ni?” tanya saya. “Entahlah ustaz, doktor pun tak tau.” Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini...

Pemilik Kereta Ferrari Yang Ustaz Azhar Idrus Pinjam Maut Kemalangan [Al Fatihah]

Image
GEMPAR!!! Pemilik Kereta Ferrari Yang Ustaz Azhar Idrus Pinjam Maut Kemalangan [Al Fatihah] Al Fatihah untuk pemilik kereta Ferrari dan Nissan GTR35 yang pernah dipinjamkan kepada Ustaz Azhar Idrus (UAI) semasa berkempen untuk PAS iaitu arwah Dr. Ramli. Beliau terlibat dalam kemalangan di jalan Bukit Payung-Kuala Berang jam 1.15 pagi semasa arwah memandu BMW lama milik arwah. Semoga rohnya di cucur rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang beriman. Amin. Soalan Terakhir Norazita Kepada Suami Sebelum Mati Ditembak Elakkan ke Thailand Atau Bangkok, Menakutkan..Bacalah Pelajar 14 Tahun Dicekup Melakukan Seks Di Tandas Sekolah

7 Gangguan Iblis Saat Sakaratul Maut

Image
Berikut 7 Cara Iblis Menggangu Manusia Ketika Sakaratul Maut: 1. Iblis yang datang pada golongan pertama ini menggoda manusia yang pada saat hidupnya sangat rakus dan tamak, maka iblis itu akan menyerupai emas perak, berlian dan macam-macam perhiasan, tapi kadang-kadang pula berupa makanan dan minuman yang lazat dan bila manusia itu mati dalam keadaan setelah godaan ini, iaitu lalai, lupa kepada Allah SWT maka mati dalam keadaan ini adalah mati dalam keadaan fassik dan munafik, nerakalah tempatnya. 2. Pada golongan kedua ini, Iblis akan merubah dirinya menjadi binatang yang ditakuti orang yang akan digodanya, dan apabila orang yang sakaratul maut itu memandang binatang tersebut maka iapun akan meraung dan melompat kerana takut, seketika itu juga putuslah roh dari badannya. Maka mati dalam keadaan ini adalah mati dalam keadaan fassik dan munafik, nerakalah tempatnya. 3. Golongan ini iblis akan menyerupai seperti binatang yang menjadi kesukaan orang yang sedang sakaratul maut,...