Posts

Showing posts with the label dunia

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Image
Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014 Yang Ramai Tak Tahu  | Indonesia Kalahkan Malaysia. Singapore Tumbang Ditangan Malaysia : Jikalau ditanya persoalan ranking kepada RajaGopal, apa kata beliau? Ranking tidak penting. Tetapi bukan ranking bola sepak Malaysia ingin dikupas hari ini tetapi melibatkan senarai ranking kekutaan tentara di dunia 2014 yang menjadi hangat sejak semalam. Apakah kredibiliti yang ada pada GlobalFirePower yang diangkat faktanya melalui laporan berita The Star sehinggalah diwarwar di saluran media-media elektronik utama negara. Globalfirepower tidak boleh dijadikan indikator bagi kekuatan tentera di seluruh dunia. GlobalFirepower ini cuma portal peribadi sahaja untuk ”entertainment” semata, jangan percaya. Anda semua boleh baca disclaimer mereka di sini : http://www.globalfirepower.com/disclaimer.asp Di antara negara jiran, Negara Indonesia, Thailand, Filipina berjaya mengalahkan Malaysia. Manakala Singapore “tumpas” kepada kekuatan ketenteraan Malays...

Ibu Dengan Anak Kandungnya Paling Ramai Di Dunia

Image
Siapakah gerangan wanita yang memiliki anak terbanyak di dunia yang dilahirkan daripada rahim sendiri? Tidak ada maklumat yang jelas tentang wanita ini. Yang pastinya beliau ialah isteri pertama  Feodor Vassilyev (1707-1782), seorang petani dari daerah Shuya, Rusia. Dia dikatakan telah melahirkan seramai 69 orang anak, antaranya beberapa orang anak kembar dua,bayi triplets (kembar tiga), dan bayi quadruplets (kembar empat). Wanita ini adalah isteri pertama Feodor Vassilyev yang dikatakan telah membunuh diri atas sebab yang tidak diketahui. Feodor kemudiannya berkahwin lain, dan hebatnya dia berjaya memujuk isteri keduanya untuk mengurus 69 orang anaknya. Fakta yang menarik lagi, dari 69 kelahiran, yang selamat adalah 67 orang. Jika setiap daripada anak itu menghasilkan 2 orang anak lagi (jumlah yang sangat rendah untuk standard zaman dahulu), dan jika dari 2 anak tersebut menghasilkan 2 orang anak lagi, dan dengan perkiraaan jarak antara generasi sekitar 25 tahu...

10 Wanita Paling Kejam Di Dunia

Image
Kejam dan zalim tidak pernah mengenal jantina, ini hakikat yang perlu kita akur. Biasanya terdapat faktor-faktor tertentu yang mendorong individu tertentu, termasuklah wanita untuk menjadi seseorang yang zalim dan kejam.  Antaranya, ialah penindasan dan penyeksaan yang dialami pada masa silam, ketidakadilan undang-undang dan kepincangan masyarakat. Namun ada juga yang membunuh, sekali gus menjadi zalim dan kejam tanpa sebab yang berasas dan faktor yang munasabah. Berikut dipaparkan 10 orang wanita paling kejam di dunia. 1. Jiang Qing(1914-1991)  Jiang Qing atau Madame Mao adalah isteri kepada diktator Komunis China, Mao Zedong. Beliau menjadi dalang di sebalik Revolusi Budaya China yang digelar Red Guards. Kezaliman yang dilakukan wanita ini ialah penyeksaan terhadap penduduk China yang enggan patuh pada arahan ketenteraan. Mangsa kekejamannya dikatakan melebihi 500 ribu orang 2. Elizabeth I of England(1533-1603)  Beliau digelar sebagai Raja Paling Kejam kerana membunuh r...

Selamat Kembali Ke Negara Asal Tuan Guru Harun Taib

Image
Datuk Harun Taib <   1  /  1   > SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu 12.10 tengah malam tadi. Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya. Berita itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali kepada sebuah portal tempatan malam tadi. Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri memberitahu, jenazah Allahyarham Ustaz Harun dijangka disolatkan pada jam 10 pagi nanti di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu. Sehubungan itu, beliau menjemput seluruh ahli Pas agar beramai-ramai hadir mendoakan kebaikan untuk allahyarham. “Moga ALLAH merahmati roh beliau dan meletakkan beliau bersama roh para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily. Bagi pihak Dewan Ulama Pas Pusat dan seluruh jawatankuasanya, beliau meng...

Pengakhiran Dunia Semakin Hampir Atau Cerita Rekaan?

Image
Menyampaikan dalam bahasa termudah. Tidak perlu bermadah. Tidak perlu susah. AMARAN! BACA SAHAJA!  Persoalan yang bermain di benak seketika anda membaca boleh diletakkan ke tepi dahulu. Perkara yang diberitahu ini adalah perkara yang tidak kita nampak. Masa depan. Masa depan dalam satu jangka waktu yang amat dekat TANPA disedari ramai. BACA dengan SABAR. KUTUB BUMI & POLE SHIFT Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut te...

Tulisan Terbesar Di Dunia Dapat Di Lihat Dari Angkasa

Image
Di pulau berpasir di Abu Dhabi, Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan telah menulis sebuah Grafiti terbesar di dunia yang pernah ada. Hamad, keturunan ke 63 dari keluarga kerajaan Abu Dhabi sang jutawan, telah mencungkil / membuat namanya dalam huruf besar dua batu dan lebar setengah batu. Tulisan / grafiti itu begitu besar dapat dilihat dari luar angkasa (boleh dilihat dari Google Earth). Ujung "H" mencapai ke selat yang mengarah ke Teluk Arab, Hamad membuat dua huruf pertama dari namanya dengan air. "M" tampak terisi juga.     SUMBER  

DUNIA TEMPAT BERPENAT, DI AKHIRAT NANTI KITA BEREHAT

Image
  Jangan mencari keadilan yang mutlak di dunia ini. Terimalah hidup seadanya. Jadilah diri sendiri. Kita ubah yang mampu diubah, yang tidak mampu serahkan kepada Allah. Jika bahagia yang dicari, tetapi derita yang diberi… terimalah. Bahagialah dengan derita itu. Manusia akan tersiksa oleh jangkaan dan harapannya. Allah ciptakan putaran hidup ini seumpama kitaran cuaca dan musim. Ada yang menikmati empat musim seperti Eropah. Ada yang kontang sepanjang masa umpama Sahara. Ada yang dingin memanjang seperti di  Antartika. Kita hamba… setelah berusaha sehabis daya, pasrah dan menyerahlah. Carilah R&R dalam kembara hidup ini, di sanalah tempat kita berehat seketika… sebelum berehat selama-lamanya!  Jika ditakdirkan tidak kita temui sesuatu yang dicari di dunia ini, terimalah hakikat ia memang tidak ada. Di akhirat sana tempat ‘ada’ dan sempurna segala. Jika ‘langit’ hendak runtuh, masakan jari yang kecil ini mampu menahannya. Dalam setiap yang kita miliki, pasti ...