Amalan Qurban Rahsia Jadi Jutawan
Selepas berkahwin dengan Isteri, saya cukup kagum dengan Ibu/Bapa Mertua saya. Saya perhatikan begitu murah rezeki mereka. Anak-anak yang boleh dikatakan berjaya, kedudukan ekonomi yang stabil, dan sudah beberapa kali menunaikan haji. Kadang-kadang, saya tertanya juga, macam mana Ibu Mertua yang bekerja sebagai kerani dan Bapa mertua (Pencen kini, dulu bekerja sebagai Juruteknik) mampu mengumpulkan aset yang boleh saya katakan bernilai jutaan ringgit. Rumah yang dibina atas tanah yang dibeli sendiri, tanah, rumah sewa, barang kemas, dan pelbagai lagi. Rumah kedua kami pun, 10% deposit, kami membuat pinjaman dengan mereka. Suatu hari, Isteri bertanyakan kepada kedua ibubapanya di depan saya : Isteri : Mama, macam mana Mama dan Abah boleh banyak harta ya? Gaji Abah dan Mama takdela tinggi sangat. Mak Mertua : Awak nak tahu Rahsia Murah Rezeki ? Mama dan Abah amalkan sejak kami kahwin lagi. Isteri : Apa dia Mama? Mama : Melakukan Ibadah Qurban . Mama dan Abah tidak...