Posts

Showing posts with the label minyak

Minyak Ron 95 Naik Lagi?

Image
K alau sebelum ini ada berita mengenai kenaikan harga minyak RON 97, hari ini, ada pihak yang tidak bertanggung jawab menyebarkan pula berita kenaikan harga minyak RON 95 yang sekarang ini heboh di laman-laman sosial seperti di Twitter, Facebook. Berita RON 95 Naik 20 Sen 10 Januari 2014 Adalah Palsu Berita kenaikan harga minyak RON 95 ini menimbulkan kekecohan dan dipercayai sumber utama berita palsu ini disebarkan dari sebuah akaun Facebook dengan nama “Pejuang Keadilan III”. Berita kenaikan RON 95 ini sebenarnya diubahsuai daripada artikel Bernama yang diterbitkan pada 2 September 2013 seperti di dalam gambar yang kami sediakan di bawah. Artikel Bernama pada September 2013 Kami berharap penjelasan ini dapat meredakan kekecohan mengenai kenaikan harga RON 95 ini. Sila kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain. sumber: http://agendasemasa.com

Stesen Minyak Kantoi Menipu Pengguna.

Image
Oleh: ROSDALILAH ZAHARI Tarikh: November 1, 2013 IPOH - Dalam bahasa mudah, pengguna sepatutnya menerima 70 liter petrol untuk RM100, tetapi sebaliknya hanya menerima 65 liter sahaja. Itu penipuan yang berlaku di tiga stesen minyak sekitar Silibin dan Chemor didapati mengubah suai pam pengagih minyak (pump dispenser) bagi mengaut keuntungan dengan cepat sejak beberapa bulan lalu. Daripada tiga stesen diserbu, hanya satu daripadanya disita secara keseluruhannya kerana kesemua 26 pam pengagih minyak telah diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Metrologi Corporation Malaysia (MCM) Sdn Bhd. Penipuan itu dikesan selepas pengguna kenderaan mendapati sukatan petrol atau diesel kurang dengan harga sebenar dan mereka bertindak membuat aduan ke Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri. Penolong Pengarah Kanan Unit Metrologi Sah Bahagian Penguatkuasaan PPDNKK Putrajaya, Mohd Zulkifli Saidi berkata, berdasarkan aduan yang diterima,...