Posts

Showing posts with the label hukum

KISAH BENAR | Gadis Yang Sindir Dan Mempertikai Hukum Allah Di Beri Balasan Serta Merta

Image
SALAM UNTUK SEMUA, Aku tidak pasti kisah ini bila dan di mana, moga kita semua dapat mengambil iktibar. Tuhan tidak akan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. KISAH BENAR | Gadis Yang Sindir Dan Mempertikai Hukum Allah Di Beri Balasan Serta Merta Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan. Malangnya walaupun t inggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua ...

Hukum Bercinta Yang Perlu Difahami

Image
  Pertamanya, apa maksud bercinta itu? Adakah maksudnya memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan? Atau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain? Saya rasa semua bersetuju bahawa kalau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain maka saya kira semua daripada kita akan bersetuju tentang keharamannya. Tetapi kalau maksudnya, memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, apakah juga termasuk dalam perkara yang haram? Apakah yang salahnya di situ? Mungkin ada yang akan menjawab, tak boleh, kerana bercinta sebelum kahwin itu akan mengundang dosa dengan melakukan perkara-perkara tak baik. Baik kalau begitu, bercinta itu tidak haram pada asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tidak mematuhi batas-batas yang dibenarkan. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara l...

Brunei Laksana Hukum Hudud

Image
BANDAR SERI BEGAWAN 22 Okt. - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara ini, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina. Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu, diwartakan, hari ini selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji. Sebelum ini, Sultan Hassanal dalam ucapannya pada satu majlis tertutup di sini pada 10 Oktober lalu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan. Peraturan lain yang bakal dilaksanakan termasuk hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak. "Dengan rahmat Allah, mudah- mudahan penguatkuasaan undang-undang ini akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah swt. "Saya berharap undang-undang ini boleh mengukuhkan pengaruh Islam di Brunei yang majoritinya didiami penduduk Islam...

Perkara Yang Dirahsiakan Disebalik Saddam Hussein Dihukum Gantung

Image
Masih ingatkah korang apa yang berlaku di iraq? Iraq telah di ditawan oleh pihak Amerika Syarikat serta kuncu-kuncunya pada tahun 2003. Dan hasil dari kejadian tersebut telah membawa kepada hukuman gantung sampai mati terhadap bekas Perdana Menteri Iraq, Saddam Hussein. Tapi ramai yang tahu tentang sejarah hukuman gantung sampai mati terhadap bekas Perdana Menteri Iraq tersebut. Tapi tak ramai tahu kenapa beliau dihukum gantung..? Siapakah Nouri Al-Maliki, Perdana Menteri Iraq sekarang..? Dulu kita tak faham kenapa Saddam Hussain banyak bunuh rakyat Iraq..? Kenapa Saddam Hussain sembelih ribuan rakyatnya sendiri..? Rupanya kerana mereka adalah syiah. Kita salah faham kepada Saddam kerana media putar belit dek telunjuk yahudi israel dan amerika. Masa tu kita hanya ada TV dan surat khabar sebagai agent berita. Zaman tu myspace/friendster yg poyo, fesbuk tak popular lagi. Saddam sudah tahu akan bahayanya syiah ini. Beliau sudah nampak ancamannya, maka beliau ambil ...