Posts

Showing posts with the label mayat

Kisah Benar Mayat Tidak Diterima Bumi

Image
Surau saya pernah menjemput Al-Fadhil Ustaz Abu bakar Abdul Aziz untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Saya berkesempatan untuk berborak dengan beliau ketika kami sama-sama makan setelah selesai ceramah. Antara topik yang dibincangkan ialah pengalaman beliau ketika menguruskan jenazah. Di bawah ini saya perturunkan kisah beliau untuk renungan bersama. Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor. Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz. Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :- Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya. Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persek...

10 Jenis Mayat Yang Tidak Akan Busuk Di Dalam Kubur

Image
Disebutkan oleh hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Kiamat : 1). Para Nabi-Nabi 2). Para Ahli Jihad Fisabilillah 3). Para Alim Ulama menegakkan kalimah ALLAH. 4). Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam. 5). Para Penghafal Al-Qur'an dan beramal dengan Al-Qur'an. 6). Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah. 7). Tukang Adzan yang tidak meminta habuan. 8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa taat pada perintah Allah. 9). Orang mati dibunuh atau dianiaya karena mempertahan Maruah dan Agama. 10). Orang yang mati di siang hari atau di malam Jum'at jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia. (HR. Bukhari Muslim) SubhanAllah.. Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang seperti itu. Aamiin

Tangan Terlekat Pada Kemaluan Mayat

Image
Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang sangat buruk akhlaknya.  Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki.  Sehinggalah tiba pada hari kematiannya, ketika dia dimandikan oleh seorang wanita  yang memang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu  terlekat pada kemaluan mayat wanita itu. Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu.  Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga  semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya  dari mayat wanita terbabit. Terdapat 2 cadangan  untuk  menyelesaikan mas alah itu.  Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat tersebut  dan kedua tanam kedua-dua wanita itu sekali gus. Akhirnya, mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.  Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa.  Pernah ada satu ketika, Imam Malik mendapat 40 pertanyaan,  tetapi yang dijawabnya hanyala...

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi

Image
Siapa tak kenal dengan salah seorang pemimpin durjana dunia Israel yang satu ketika dulu semasa pemerintahannya melakukan banyak kerosakan dan kezaliman ke atas bumi Allah Palestin. Pembunuhan, penyembelihan, penindasan dan bermacam macam lagi kekejaman tentera Israel Laknatullah dibawah arahan beliau. Dan sekarang, Ariel Sharon menerima akibatnya. Petunjuk dari Allah tentang kekuasaanya yang tidak boleh ditandingi sesiapa. Ariel Sharon kini umpama mayat hidup atau “Mumia hidup” yang bernyawa tetapi “mati” .   Tubuh Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup Diberitakan bahawa para doktor di Hospital Hadasa telah memasukkan Ariel Sharon (Bekas PM Israel yang Yahudi)ke ruang operasi untuk dilakukan pembedahan. Ia memiliki luka membusuk dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain.  Demikianlah kita saksikan keadaan musuh Allah Subhanahu Wata’ala d...

Gambar Mayat Paul Walker Hangus Terbakar

Image
Sebuah foto milik laman Showbizspy, Jumaat (6/12/2013) memperlihatkan gambar mayat Paul Walker dalam keadaan hangus terbakar. Dalam laman tersebut memperlihatkan gambar yang diperjelas dengan garis berwarna merah yang menyerupai mayat manusia dan dianggarkan disitulah mayat dari Paul Walker dijumpai. Mayat Paul Walker diduga sudah tidak utuh lagi akibat api yang meletup dari kereta yang dia naiki BACA: Porsche Langgar Pokok, Pelakon Terkenal Terbunuh

Penemuan Manusia Raksasa Kaum Ad Umat Nabi Hud

Image
Penemuan Manusia Raksasa Kaum ‘Ad Umat Nabi Hud AS Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab telah menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut “Penempatan kosong” (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration. Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tidak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco. Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah ‘super impose’. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pandangan anda?  -  Rujukan Kemurkaan Allah Terhadap Kaum ‘Ad Umat Nabi Hud AS Allah s.w.t. telah merakamkan dalam a...

Ngeri, Lelaki Pengsan Bila Nampak Mayat Atas Bumbung Keretanya!

Image
GEORGE TOWN -  Seorang lelaki pengsan apabila mendapati satu mayat lelaki terlentang di atas bumbung keretanya yang diparkir di Pangsapuri Sri Saujana, Lebuh Macallum di sini Rabu. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6 petang mengatakan terdapat pemandu tersepit dalam kereta jenis Proton Waja itu. “Apabila tiba di lokasi kejadian, kita dapati ada mayat lelaki di atas bumbung kenderaan yang remuk teruk manakala pemiliknya pengsan di hadapan kereta itu,” katanya ketika dihubungi. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata mangsa Liew Kam Ming, 49, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan kaki kanannya hampir putus dipercayai akibat terjatuh daripada tingkat 24 pangsapuri berkenaan. Beliau berkata mayat lelaki itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.. “Kita sedang mengesa...

VIDEO: Tiga Mayat Yang Hendak Dipindahkan Ditemui Masih Utuh, Berbau Wangi

Image
        SUBHANALLAH…Baru-baru ini sebuah tanah perkuburan di Kampung Batu Badak  Jalan Muar, Segamat terpaksa dialihkan bagi membolehkan pembinaan Lebuh Raya Segamat-Tangkak. Salah sebuah kubur yang terpaksa dipindahkan ‘dihuni’ seorang wanita yang banyak berjasa semasa hidupnya termasuklah memberi pendidikan agama secara percuma kepada kanak-kanak di kampung. Walaupun telah dikebumikan lebih lapan tahun yang lalu, ternyata jenazah makcik ini masih berada dalam keadaan baik. Kuku pada jari jenazah dan rambutnya juga dikatakan terus tumbuh panjang seperti orang hidup. Rambut dan kukunya juga tumbuh panjang. Kain kafan yang digunakan untuk membalut jenazah juga berada dalam keadaan baik dan cuma kelihatan sedikit kekuningan. Bertambah misteri, kawasan kubur juga dipenuhi dengan bau daun pandan walaupun tumbuh-tumbuhan itu tidak ditanam atau kelihatan di kawasan berhampiran. Selain jenazah makcik itu, dua jenazah ...

Kisah Azab Mayat Seorang Polis Melayu

Image
gambar hiasan Baca kisah benar ini dan ambillah iktibar. Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut. Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain. Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya. Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perk uburan orang Isla m. Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam. Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur. Kisah di atas merupakan kis...

Masya Allah, Kubur Dikorek Mayat Masih Tak Reput Malah Wangi(Video)

Image
kejadian ni berlaku di Dar'aa, Syria, antara tempat terawal tercetusnya peperangan.mereka menanam jasad syuhada di taman permainan berdekatan rumah-rumah mereka ketika peperangan berlakujasad tersebut ditanam dengan tidak sempurna kerana bimbang jika dibiarkan tentera asad laknatullah akan mengambil mayat tersebut dan merosakkannya. Bila keadaan kembali aman sedikit, mereka gali balik tempat tersbut untuk disempurnakan jasad perwira syahid ini dan ketika itulah mereka tercium bau wangi, bahkan jasad mereka pun masih lembut lagi. Cuba tengok kedalaman kubur itu, sepatutnya kubur yang sempurna le bih dalam kan? "janganlah kamu menyangka mereka yang dibunuh di jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi tuhan mereka dan diberi rezeki" Allahu akbar!! Selamat Berkongsi Soalan Terakhir Norazita Kepada Suami Sebelum Mati Ditembak Elakkan ke Thailand Atau Bangkok, Menakutkan..Bacalah Pelajar 14 Tahun Dicekup Melakukan Seks Di Tandas...

Mayat Wanita Berbau Harum Dan Tidak Reput

Image
  Mayat seorang wanita di Tuban, Jawa Timur masih utuh dan mengeluarkan bau harum ketika kuburnya digali semula untuk dipindahkan, walaupun sudah 19 tahun dikebumikan di situ. Makam itu digali semula bersama 16 makam lain dalam rangka perluasan masjid. Jasad yang utuh tersebut adalah jasad Siti Masrinah, warga Kampung Penambang, Kecamatan Semanding, Kabupaten Tuban di Indonesia. Siti Masrinah yang dilahirkan pada 1913 itu meninggal dunia pada 1994 dan dimakamkan di area pemakaman di Desa Bejagung Menurut ahli keluarganya, semasa hidup Siti Masrinah merupakan seorang wanita yang sabar dan rajin beribadah. Dia juga menyayangi anak yatim dan tidak keberatan mendermakan sebahagian hartanya untuk membantu anak yatim dan tetangga di kampungnya.