Posts

Showing posts with the label hilang

Apa Nak Buat Kalau Voucher Br1m Hilang?

Image
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, terdapat dua sebab mengapa mereka menipu iaitu berbaris dua kali dan mengaku baucar mereka telah hilang. Kementerian juga sedar akan apa yang berlaku dan meminta mereka untuk bayar semula. “Ada dua sebab kenapa ini berlaku pertama mereka ingin menipu. Ada yang berbaris dua kali dengan tujuan untuk mendapat baucar sekali lagi. “Kedua, mereka mengaku baucar hilang dan pergi ke pejabat daerah untuk minta gantian. Ini adalah tidak beretika dan tidak bagus. “Kami tulis surat dan dah dapat bayaran balik. Daripada 6,576 orang kami dapat balik dari 1,806 orang. “Ada yang merayu untuk bayar balik secara ansuran, yang tidak bayar balik nama mereka akan disenarai hitamkan dari menerima BR1M yang seterusnya,” katanya. Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) pula membangkitkan isu langkah-langkah kementerian untuk mengelak penerima daripada menipu. “Kami akan salur ke akaun penerima dengan menggalakan pemohon memberi nombor akaun bank semasa mengemaskini untuk...

Mengapa MH370 Boleh Hilang Tiba-Tiba? - Pakar

Image
PETALING JAYA - Walau apa pun yang berlaku terhadap pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines yang hilang, yang pastinya sesuatu perkara telah berlaku secara tiba-tiba kerana juruterbang mempunyai beberapa cara untuk mendapatkan bantuan, kata juruterbang bersara Kapten Lim Khoy Hing. Beliau berkata  juruterbang  biasanya menggunakan komunikasi radio VHF, yang mempunyai jarak liputan terhad sehingga 402km. Untuk komunikasi jarak jauh, beliau berkata mereka menggunakan komunikasi radio HF yang mempunyai jarak liputan yang lebih luas, melebihi 1,609 km. Pilihan lain adalah menggunakan ‘Controller-pilot data link communication’ (CPDLC) untuk mengisytiharkan kecemasan. “Dalam kes ini, B777 -200 dilengkapi dengan CPDLC. Para juruterbang akan dapat berkomunikasi dan mengatasi pelbagai masalah, jadi ini memberitahu anda sesuatu mesti telah mengganggu mereka daripada membuat panggilan ini,” katanya kepada The Star Online. Kapten Lim berkata pada ketinggian 35,000 kaki...

Hilang 100k Selepas Dengar Ceramah Ustaz Azhar Idrus!

Image
KOTA BHARU - Seorang peniaga barangan makanan kering kerugian lebih RM100,000 apabila rumahnya di Jalan Desa Rahmat, Off Jalan Guchil di sini dimasuki perompak pagi kelmarin. Perniaga terbabit, Mek Senik Jusoh, 69, berkata, sebelum kejadian, dia keluar dari rumah kira-kira pukul 9 pagi untuk mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus di Dataran Ilmu dan terus ke Pasar Siti Khadijah untuk memulakan perniagaan pada pukul 11 pagi. "Suami saya kemudian pulang ke rumah namun setengah jam selepas itu dia menghubungi dan memberitahu supaya pulang ke rumah dan akan menjemput saya. "Sebaik sampai, saya melihat rumah bersepah dan kesan selongkar di ketiga-tiga bilik dalam rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Hentikan Sebar Maklumat Remaja Hilang Di VillaNabilla (PDRM)

Image
JOHOR BAHRU – Remaja, Mohd Izzudin Izzat Hussin, 16 tahun, yang dilaporkan hilang selepas pergi ke Villa Nabila di Danga Bay Johor Bahru 16 November lepas untuk meninjau hantu tahu dirinya sedang dicari pihak polis sepanjang tempoh kehilangannya melalui berita televisyen. Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negeri Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini. Menurut beliau, remaja berkenaan ditemui di sebuah rumah rakannya di Flat Desa Mutiara tengah malam tadi bersama teman wanitanya. “Polis Johor berjaya.. misteri Villa Nabila ini sudah terjawab.. budak yang dilaporkan hilang yang dikatakan disorok oleh jin, makhluk halus.. berita yang begitu sensasi sekali ya.. disebar begitu luas dalam laman sosial.. Polis Johor berjaya menjawab misteri ini,” katanya. Mohd Mokhtar berkata sebaik sahaja pihak polis menerima laporan kehilangan remaja terbabit, pihak polis Johor menubuhkan satu pasukan khas mencari rem...

Berita Palsu 23 Remaja Hilang Di Villa Nabila

Image
    Johor Bahru: Polis Johor menafikan dakwaan kehilangan 23 remaja yang dikatakan memasuki sebuah kawasan villa tinggal di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu. "Laporan itu dibuat ibu mangsa jam 1 pagi tadi dan beliau dimaklumkan rakan anaknya, mangsa didakwa telah memasuki kawasan villa tinggal berkenaan.

Anak Gadis Ini Hilang, Tolong Sebarkan

Image
 Fatin Afifah Mohd. Fadzil  Mohon Kepada Semua Pembaca Tolong Sebarkan Berita Ini - Pelajar Tingkatan 4, Fatin Afifah Mohd. Fadzil Dilaporkan Hilang Semasa Ke Sekolah. Kepada semua pembaca blog ini, admin ingin memohon bantuan ikhlas dari anda semua agar dapat memberi maklumat kepada pihak berkuasa jika terlihat atau mempunyai maklumat mengenai kehilangan seorang pelajar tingkatan 4, Sekolah Menengah Khir Johari, Sg. Petani, Kedah. (gambar diatas). Kepada mereka yang mempunyai maklumat tolong laporkan dimana-mana Balai Polis yang berdekatan ditempat anda atau terus berhubung dengan ibunya Puan Zarina Mohd. Noor - 0175847659. Terima kasih.