Rahsia Penduduk Mekah Panjang Umur
KENAPA PENDUDUK MEKAH BERUMUR PANJANG | Angkasawan pertama yang menjejakkan kaki di bulan, Neil Armstrong telah membuktikan bahawa kota suci Mekah yang terletaknya Kaabah adalah merupakan pusat kepada planet bumi. Sebenarnya dalam al-Quran telah lebih dahulu membicarakan perkara ini. Maka sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran, kita perlulah meneliti dan berfikir di sebalik rahsia-rahsia yang terkandung di dalam ayat-ayat suci al-Quran al-Karim itu. Antara kalam-kalam Allah SWT mengenai Mekah sebagai pusat bumi adalah firman yang bermaksud: Demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya). (asy-Syura: 7) Perkataan Ummul Qura bererti induk bagi kota-kota lain di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih daripada...