Posts

Showing posts with the label penjenayah

AWAS di keliling anda ada Penjenayah Spontan !.

Image
Tiga kejutan menakutkan berlaku di negara ini dalam tempoh tiga hari. Pertamanya, pembunuhan pelajar perempuan berusia 15 tahun oleh kenalan lelakinya. Kenalan yang dikenali melalui FB. Keduanya,pembunuhan pekerja bank oleh pengawal keselamatan bank tersebut.Pembunuh itu memiliki IC palsu. Dan ketiganya,amukan seorang pemuda mengakibatkan dua nyawa ditikam mati.Pembunuh disyaki sakit mental. Begitu mudah nyawa diambil. Semuanya dalam situasi polis sedang "mengamuk" dalam Operasi Cantas, polis kehilangan 44 senjata api,hanya 7 yang dijumpai kembali dan Menteri Polis baru sahaja memenangi kerusi Naib Presiden UMNO. Ketiga-tiga kes bunuh di atas bukan dilakukan oleh Kongsi Gelap atau Penjenayah Tegar maupun yang mempunyai senarai rekod jenayah. Kita melihat ianya semacam "spontan" sahaja ianya berlaku.Tidak terancang rapi. Ini bermakna,rakyat Malaysia menghadapi dua keadaan penjenayah samada sememangnya penjenayah maupun "penjenayah yang spont...

Tiga Lelaki Mati Ditembak Larikan Emas RM1.8 Juta!

Image
  IPOH- Hasil tindakan pantas pihak Polis, tiga perompak kedai emas di Jelapang ditembak mati hanya 25 minit selepas rompakan berlaku. Dalam kejadian jam 10.50 pagi tadi, empat lelaki India telah bertindak merompak sebuah kedai emas berdekatan dengan sebuah pasaraya di Jelapang Ipoh. Perompak yang bersenjatakan pistol dan tukul besi memecahkan cermin pameran emas dan melarikan emas bernilai RM1.8 juta dalam masa tiga minit. Polis yang menerima laporan bertindak pantas mengerah seluruh anggota yang berada di sekitar menjejaki keempat-empat penjenayah yang melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja. Pada jam 11.15 pagi pihak polis berjaya menjejak kereta suspek yang berada 3 kilometer dari tempat kejadian. Arahan polis supaya suspek menyerah diri tidak diendahkan dan dibalas dengan dua das tembakan yang mengenai kereta polis. Polis yang terpaksa mempertahankan diri bertindak menembak mati tiga penjenayah manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri ke da...

(KEMASKINI) GAMBAR: SYABAS…Tiga Lagi Penjenayah Berjaya Ditembak Mati Di Ibu Negara!

Image
  KUALA LUMPUR –  Tiga lelaki yang sebelum ini bertindak mengepung dan merompak seorang mangsa wanita di Klang Selatan pagi tadi, tidak sempat untuk membelanjakan wang itu apabila mereka mati ditembak polis ketika cuba melarikan diri. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika mengesahkan kejadian itu berkata ketiga-tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 20 hingga ke 30 tahun itu, merupakan sebahagian daripada anggota kumpulan yang merompak sejumlah RM2,000 daripada mangsa mereka itu. Abdul Rahim berkata kumpulan tersebut telah memerhatikan wanita yang memasuki sebuah bank untuk mengeluarkan duit. “Apabila wanita itu keluar dengan wang dan menaiki keretanya, perompak-perompak itu yang menaiki tiga buah kereta, mengepung kereta wanita itu. “ Sejenak kemudian, seorang lagi lelaki yang bermotosikal menghampiri kereta wanita itu, memecahkan cermin kereta dan merampas wang itu,” kata Abdul Rahim kepada Astro AWANI. Beliau berkata pihak polis y...