Posts

Showing posts with the label liwat

Anwar Ibrahim : Ruang Mahkamah Penuh Sesak

Image
PUTRAJAYA:  Rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat di Mahkamah Rayuan, Putrajaya bermula pagi ini. Sesi hari ini bermula dengan penghujahan oleh peguam Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. Rayuan pihak pendakwaan hari ini didengar oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Datuk Balliah Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.  Terdahulu Anwar tiba di sini kira-kira jam 9 pagi ditemani isterinya, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ibrahim serta dua anak beliau. Ruang mahkamah penuh sesak dengan penyokong dan pemerhati tempatan dan antarabangsa. Turut hadir kemudiannya anak sulung beliau Nurul Izzah. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dilihat berdiri di ruang belakang mahkamah bersama suami. Sementara itu, di bahagian luar bangunan, hampir 100 penyokong Anwar memenuhi ruang legar hadapan pintu masuk Istana Kehakiman. Sekumpulan pihak polis turut mengawal kumpulan terbabit. Mereka memasang ...

Syiah Benarkan Liwat Isteri!

Image
PUTRAJAYA – Tindakan pengikut fahaman Syiah yang menghalalkan zina menerusi nikah mutaah dipercayai menjadi faktor penarik kepada segelintir umat Islam khususnya lelaki untuk terjebak dalam fahaman yang sudah difatwakan diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Penolong Pengarah Seksyen Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Aizam Mas’od, berkata nikah mutaah amat dimuliakan di kalangan pengikut syiah dan perkara itu memang diajar guru Syiah kepada anak murid yang ingin mendalami fahaman itu. “Malah, mereka buat hadis palsu mengenai mutaah dengan mengatakan sesiapa yang melakukannya akan mendapat pahala besar. “(Jadi) Tidak dapat dinafikan perkara itu (nikah mutaah) adalah satu faktor yang menarik orang ramai masuk Syiah tak kira dewasa atau remaja, mengikut statistik yang kita ada seramai 141 individu yang membuat perakuan sumpah pengikut syiah di negara kita, dan kebanyakannya adalah lelaki,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ce...