Mati Di Sujud Terkahir Solat Pertama Selepas Memeluk Islam
Kisah seorang imam di Barat yang menceritakan tentang pengalamannya pada suatu hari ketika dia berada di sebuah masjid. Dia didatangi oleh seorang lelaki yang berbadan besar. Rambutnya yang panjang itu diikat kebelakang. Pakaiannya yang tidak ubah seperti seorang gengster itu basah dengan peluh di badannya. Lelaki itu lalu berkata, “tunjukkan aku cara untuk ku memeluk Islam?” Lalu si imam bertanya,”siapakah kamu?” Lalu dijawabnya, “aku Carlos”. “Tunjukkan aku cara untuk aku menjadi seorang Muslim?” Lalu si imam pun mengislamkan Carlos. Berkali-kali dan betapa susahnya untuk dia mengucapkan kalimah syahadah, akhirnya berjaya diislamkan oleh imam tersebut. Lalu bertanya si imam, “apakah yang membuat mu ingin memeluk Islam?” Jawab Carlos, “aku sebenarnya langsung tidak tahu apakah itu Islam. Aku cuba mencari kebenaran di dalam hidup ku yang kosong”. “Suatu hari aku bermimpi cahaya datang kepada ku dan aku mendengar suara berkata, “Carlos, sekiranya engkau inginkan kebenaran, kamu masuklah...