Adakalanya seseorang itu tidak membuat dosa, boleh merosakkannya Kerana dia terasa suci dan bersih dari dosa Takutnya kepada Tuhan pun hilang, maka rasa kehambaannya hilang pula Bahaya bagi seseorang hamba yang sudah hilang rasa kehambaannya Adakalanya seseorang itu ada sedikit cacat celanya untuk menyelamatkannya Di waktu dia tercacat, dia merasakan sangat berdosa Jiwanya pun menderita, maka itulah yang Tuhan suka Di situ ada rahsia dia dapat kekalkan sifat hambanya Itulah yang Tuhan mahu dan suka Di sini barulah kita faham, orang yang tidak membuat dosa pun kenalah rasa berdosa Kerana merasa berdosa itu adalah sifat hamba Rasa kehambaan mestilah dikekalkan setiap masa Begitulah rahsia Tuhan kepada kita Ada yang nampaknya positif, dia akan jadi negatif Ada yang nampaknya negatif tapi dia akan jadi positif Tapi ini bukan pula dibuat-buat Biarlah ia terjadi tanpa kehendak kita Ia adalah rencana dari Tuhan di luar kuasa kita Bukan rencana dari kita Rencana ...