Posts

Showing posts with the label Paksi

Paksi Bumi Sedang Beralih Arah!

Image
Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !! Pada tahun 2007, Medan kutub utara  berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut..  Anjakan kutub  bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian. Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan   terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.  Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904.  Kelajuannya kira-kira 35 batu...