Posts

Showing posts with the label telefon

Jawapan Pakar Untuk Telefon Penumpang MH370 Yang Berbunyi

Image
Jawapan Pakar Untuk Telefon Penumpang MH370 Yang Berbunyi   | Laporan beberapa ahli keluarga penumpang yang mendakwa berjaya menghubungi telefon bimbit penumpang yang menaiki pesawat MH370, terus mengusutkan lagi teori kehilangan kapal terbang yang membawa 239 penumpang itu ketika operasi mencari dan menyelamat masuk hari kelima, hari ini. Profesor William Webb dari Akademi Kejuruteraan Diraja Britain ketika menjawab isu itu berkata, telefon bimbit penumpang sepatutnya tidak akan berfungsi kerana mungkin berada di dalam air, di luar kawasan liputan dan juga kehabisan bateri. “Dalam kes yang didakwa ahli keluarga mangsa, deringan yang didengari mungkin nada sebelum panggilan itu memasuki perkhidmatan peti suara,’’ katanya kepada MailOnline. Sementara itu, seorang lagi pakar telekomunikasi, Alan Spencer berpendapat deringan tersebut membuktikan telefon bimbit itu tidak berada di dalam air. Katanya, telefon bimbit hanya akan berbunyi jika dihidupkan dan berada di dalam kawasan liputan...

Awas Panggilan Dari Telemarketer (Baca Pengalaman Ini)

Image
PENDEDAHAN INI MUNGKIN MENGELAKKAN PEMBACA DARIPADA DIPERDAYA Beberapa hari selepas menukilkan entri ini, saya dihubungi oleh wanita melalui private message Facebook dan memperkenalkan dirinya sebagai ‘Elis’, 26 tahun. Saya kemudian menemuinya pada jam 4 petang semalam di Kuala Lumpur. “Saya mula bekerja di agensi telemarketing, sebagai kerani pentadbiran kira-kiradua tahun lalu dan kemudian berhenti kerana agensi terbabit tidak membayar gaji saya. Ruang pejabat di tingkat dua dibahagikan kepada banyak partition diduduki telemarketer bertugas menghubungi pemegang kad kredit dan kad debit menggunakan telefon. Jumlah mereka mencecah lebih empat puluh orang, majoriti berbangsa Melayu dan India, tiada Cina. Lebih menarik, kebanyakkan mereka graduan institusi pengajian tinggi atau individu biasa tetapi mempunyai kemahiran bercakap secara berkesan. Sepanjang tempoh latihan seminggu, pihak pengurusan agensi memberikan bakal telemarketer skrip sebagai rujukan untuk membuat panggilan d...

Israel Memintas Lebih 70 Juta Panggilan Telefon Dan Mesej Seluruh Dunia

Image
        WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT . Beberapa negara dunia kini saling tuduh menuduh berhubung dakwaan pengintipan panggilan telefon dan mesej didedahkan kelmarin oleh pembocor program perisikan Amerika Syarikat (AS) Edward Snowden. Terbaru, akhbar Le Monde melaporkan, Israel yang sebenarnya memintas lebih daripada 70 juta panggilan telefon dan mesej dalam sebulan di seluruh dunia sekali gus menolak tuduhan terhadap AS.   (BACA: AS INTIP Perbualan Telefon 35 Pemimpin Dunia) Bagaimanapun sehingga kini, Perancis terus menyalahkan AS terhadap perbuatan tersebut. Tuduhan itu menyebabkan pegawai perisikan Perancis Bernard Barbier dan Patrick Pailloux diarah ke Washington untuk meminta penjelasan. Ketika memberi penjelasan itu, AS memberi gambaran ia dilakukan oleh Perkhidmatan Perisikan Israel (Mossad). Namun, jurucakap kerajaan Israel menyangkal tuduhan itu kerana menyifatkan Israel adalah rakan sekutu Perancis yang tidak ...