Posts

Showing posts with the label sakit

Sharifah Aini Sedang Bertarung Nyawa

Image
Sharifah Aini bertarung nyawa di hospital |  Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, kini dilaporkan terlantar di sebuah hospital swasta di ibu negara disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru. Bagaimanapun keadaannya dilaporkan stabil. Penyanyi bersuara lunak ini sebelum ini dijangkiti virus Influenza A (H1N1), lima bulan yang lalu. Menurut portal hiburan, walaupun keadaan Sharifah Aini stabil, namun dia belum bersedia untuk menerima pelawat disebabkan daya tahan tubuhnya yang agak lemah. "Setiap daripada kita tidak tahu bila akan dijemput oleh-Nya. Jika ditakdirkan ALLAH, tiba masanya untuk saya pulang ke rahmatullah dan keluar daripada hospital sebagai jenazah, dengan hati yang damai dan tenang saya reda apa yang telah ditetapkan. "Hanya satu saya pinta, doakan saya berakhir dalam khusnul khotimah (mati dalam keadaan yang baik). Di kesempatan ini juga, saya ingin memberitahu pada semua bahawa saya amat menyayangi dan menghargai kasih sayang serta doa daripada anda...

Pendakwah Bob Lokman Makin Tenat

Image
Hari ini Malaysia diberitakan dengan pelbagai musibah pemain politik Malaysia. Bekas pelakon dan kini sebagai penceramah politik parti PAS, Bob Lokman telah dikejarkan ke Hospital Taiping, Perak selepas mengadu mengalami sesak nafas pada 5 Disember 2013 lepas. Difahamkan, kejadian berlaku ketika Bob sedang menikmati buah durian di sebuah majlis di Kuala Kangsar, Perak.  Malah, berita ini juga disahkan oleh pendakwah terkenal Ustaz Nazmi Karim menerusi akaun Facebooknya. Hari ini dari facebook seorang rakan beliau mengatakan keadaan saudara Bob semakin tenat. Wajarlah kita umat islam mendoakan apa yang terbaik untuk beliau.