Posts

Showing posts with the label tembak

Ketua Penguatkuasa JAIP Ditembak Mati Suspek Berjubah

Image
KUANTAN 10 Nov. – Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek maut ditembak oleh seorang lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini hari ini. Kejadian berlaku pukul 1.55 petang itu menyebabkan mangsa yang berumur 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di bahagian dada. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mangsa dipercayai ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki kereta Wira Aeroback. Mangsa mati di tempat kejadian dan seorang daripada penjenayah dikatakan memakai jubah hitam. Mangsa merupakan salah seorang yang aktif mengambil tindakan ke atas kumpulan syiah di Pahang. Ini menimbulkan spekulasi sama ada pembunuhan ini merupakan pembalasan daripada kumpulan syiah. Laporan berita mengenai kejayaan allahyarham mengekang ajaran syiah di Pahang. ROMPIN 28 Sept. – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menahan seorang imam beru...