Banjir Landa Kelantan Luar Biasa
TUMPAT: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung terutama di Kelantan ketika ini adalah 'luar biasa'. Justeru, beliau meminta semua pihak memandang serius perkara itu bagi mengelak kejadian buruk berlaku. Shahidan berkata, ketika ini beberapa paras air sungai utama di negeri-negeri berkenaan dilaporkan kembali meningkat ke paras bahaya yang berkemungkinan jumlah mereka yang dipindahkan akan lebih ramai lagi. "Dalam masa yang sama air sungai kembali naik di Gua Musang. Kuantan (Pahang) dan Besut di Terengganu pula ada yang berpindah semula. "Fenomena ini kena ambil ingatan dan perlu berhati-hati kerana dalam kejadian hujan yang turun dan jika berterusan ini boleh berlaku gelombang yang lebih besar," katanya. Beliau menyatakan demikian ketika melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2 di sini, petang ini. Setakat malam, ini lebih 16,000 mangsa banjir...