Posts

Showing posts with the label air

Restoren Mamak Basuh Kuali Guna Air Longkang

Image
gambar hiasan Buat penggemar setia restoran mamak, pastinya video di bawah ini memberikan tamparan yang besar kepada anda. Ini kerana seorang penduduk yang tinggal berdekatan dengan lokasi sebuah restoran mamak yang terletak di Cheras ini telah berjaya merakamkan video seorang pekerja yang sedang mencuci kuali dengan air longkang di belakang kedainya itu. Memang dasar pengotor! Dah takde cara lain ke nak cuci kuali tu? Memang tak semua pekerja mamak buat perangai sebegini, namun bak kata orang kerana nila setitik rosak susu sebelanga!

Subhanallah! Kuasa Air Sungai Membelah Lebuhraya

Image
Air merupakan anugerah Allah yang tak terhingga kepada umat manusia yang hidup di muka bumi. Tanpa air, kehidupan tidak dapat dijalankan. Bayangkan sahaja planet Marikh dan lain-lain, kerana tiadanya sumber air, kehidupan di planet-planet tersebut ternyata sangat mustahil. Bagi kebanyakkan orang, air tampak kurang berbahaya dan mempunyai fizikal yang agak lemah jika dibandingkan dengan api. Tapi ketahuilah bahaya air sebenarnya mempunyai kuasa yang terpendam. Tragedi tsunami di Indonesia dan Jepun menjadi saksi tentang kehebatan kuasa air. Di bawah merupakan satu lagi kejadian pelik tentang kehebatan air yang dapat membelah sebuah jalanraya tanpa merasa susah. Mari kita saksikan!

Bil Elektrik Dan Bil Air Rumah PM RM2.5 Juta

Image
Bil Elektrik Dan Bil Air Rumah PM RM2.5 Juta? | Jumlah bil elektrik bagi kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Seri Perdana adalah sebanyak RM2,237,788.13 pada 2012. Manakala sebanyak RM311,174.25 dibelanjakan untuk pembayaran air sepanjang tahun tersebut. Perkara itu dimaklumkan dalam jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke. Anthony bertanya mengenai butir-butir bil elektrik dan air serta kos penyelenggaraan kediaman rasmi Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.   sumber: aiskosong.com