Posts

Showing posts with the label kanak

Kanak-Kanak Mangsa Culik Ditemui Di Tasik Titiwangsa Tengah Hari Tadi

Image
KUALA LUMPUR – Freddie Joseph, kanak-kanak berusia setahun lapan bulan yang diculik dari rumah ibunya di Bangsar pada Jumaat, dijumpai beberapa orang awam di Taman Tasik Titiwangsa di sini, tengah hari Sabtu. Ketika ditemui kira-kira 12.20 tengah hari, dia dalam keadaan keletihan dan kelaparan. Kanak-kanak itu yang memakai baju berwarna hijau dan seluar putih telah diselamatkan oleh seorang pemandu lori dan seorang pemandu teksi yang kebetulan melalui laluan di Taman Tasik Titiwangsa. Pemandu lori Hamid Md Isa, 57, yang juga pesara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata beliau melihat kanak-kanak itu berjalan berseorangan dan kelihatan keletihan. Beliau kemudian segera mendapatkan kanak-kanak itu dan memimpinnya ke tepi padang untuk berehat. Pemandu teksi Haris Mohd Nor, 48, pula segera membeli keropok dan minuman untuk kanak-kanak itu apabila melihatnya keletihan. “Pagi tadi saya membaca akhbar dan ada berita mengenai kanak-kanak diculik…tap...

Buku Kanak-Kanak 12 Tahun Galakkan Zina

Image
Tampaknya ada pihak yang sedang cuba untuk meruntuhkan akhlak anak-anak remaja di Malaysia ni. Manakan tidak, terdahulu, kes kejadian buku latihan KBSM Tingkatan Dua yang menggalakkan zina Kemudian tidak lama dahulu pula, ada pihak yang meletak gambar lucah dalam buku bacaan Yasin (LINK) di sebuah masjid di Pulau Pinang . Yang terkini, sebuah buku uncensored yang bertajuk, “ Where Did I Come From “, mempunyai 44 mukasurat dijual dengan harga RM39.80 secara terbuka di kedai buku terkenal. Siapakah pihak misteri yang sedang meracun minda masyarakat muda kita ini? Ini yang dah kantoi, mungkin masih banyak lagi bahan bacaan yang kita tidak tahu lagi sedang memcemari pemikiran generasi muda Malaysia. Di bawah merupakan gambar-gambar screenshot yang diambil dari buku kanak-kanak yang bertajuk “ Where Did I Come From “.