Posts

Showing posts with the label curi

Kisah Bagaimana Jasad Rasulullah Cuba Dicuri

Image
Percaya atau tidak, ternyata jasad nabi Muhammad SAW hampir pernah terusik dan nyaris dicuri oleh orang kafir laknatullah. Sebelum akhirnya Allah menyelamatkannya dari rancangan jahat tersebut. Peristiwa yang memilukan dan nyaris menampar wajah umat islam ini terjadi pada tahun 1164 M atau 557 H, sebagaimana telah dicatat oleh sejarawan Ali Hafidz dalam kitab Fusul min Tarikhi AL-Madinah Al Munawaroh. Peristiwa ini berlatarbelakangkan kondisi umat islam pada zaman dinasti Abbasiyah di Baghdad dimana kondisi umat Islam yang semakin melemah dan berdirinya beberapa kerajaan Islam di beberapa daerah baru. Tentunya hal ini tak disia-siakan begitu sahaja oleh orang-orang nasrani yang merasa kesempatan emas mencoreng wajah umat Islam dan membuat umat Islam jatuh ada di depan mata. Secara diam-diam mereka telah menyusun rancangan untuk mencuri jasad Nabi Muhammad. Setelah terjadi kesepakatan oleh para penguasa Eropah, mereka mengutus dua orang nasrani untuk menjalankan misi keji itu. Misi itu ...

Status Terakhir Whatsapp Remaja Curi Duit Tabung Masjid

Image
Menerusi laman sosial WhatsApp, kini satu status terakhir remaja yang maut dipukul kerana mencuri duit tabung masjid didedahkan kepada umum. Selain itu, terdapat laporan mengatakan beliau adalah anak kepada seorang bekas menteri. Siapakah dia sebenarnya bapa Shahrizal Petra yang didakwa anak kepada bekas menteri itu? Kenapa si arwah melakukan perbuatan ini? BACA: Pemuda Dipukul Sampai Mati Mencuri Duit Tabung Masjid

Pemuda Dipukul Sampai Mati Mencuri Duit Tabung Masjid

Image
Seorang pemuda dipukul sampai mati oleh penduduk setempat jam 4.30 pagi Selasa lalu selepas ‘kantoi’ cuba mencuri wang dari tabung masjid menggunakan dawai di Pandan Indah. Shahreza Fauzi, 20, meninggal dunia di Hospital Ampang dipercayai kerana kecederaan parah di kepala, badan, tangan dan kaki akibat dipukul menggunakan objek tumpul. Pemeriksaan polis di tempat kejadian menemui sebatang kayu yang mungkin digunakan untuk memukul mangsa. Mayat Shahreza kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat. The Star melaporkan, seorang rakan arwah sejak kecil yang cuma mahu dikenali sebagai Nazrin berkata, Shahreza tinggal bersama bapa tiri di Bukit Indah, Ampang selepas ibunya meninggal dunia lima bulan lalu. Bapa kandungnya pula sudah lama tiada. Sebelum kematian, Shahreza menunjukkan perangai pelik termasuk memuat naik status berkaitan kematian di Facebook dan Whatsapp. Susulan kematian Shahreza,  empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 ...

Remaja 15 Tahun Curi Bas Ekspress.

Image
ORANG ramai melihat sebuah bas ekspres yang terbabas selepas dipandu seorang remaja di Pasir Puteh, Kelantan kelmarin. PASIR PUTEH – Seorang remaja berusia 15 tahun bertindak di luar dugaan apabila memandu sebuah bas ekspres yang dicurinya sejauh 45 kilometer sebelum dia diberkas selepas kenderaan itu nyaris merempuh pagar sebuah wakaf di Jalan Wakaf Tuan Farrer dekat sini kelmarin. Kejadian itu berlaku apabila remaja berkenaan dikatakan melarikan bas tersebut dari sebuah kedai mencuci kenderaan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada pukul 9 malam. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd. Kamal Zainal berkata, sebaik tiba di tempat kejadian pada pukul 12.30 malam, bas dipandu suspek telah menghimpit dan nyaris merempuh pagar bulatan wakaf tersebut.