Posts

Showing posts with the label solehah

10 Tips Menjadi Isteri Solehah

Image
PERNIKAHAN  merupakan permulaan kepada sebuah hidup yang dipenuhi dengan tanggungjawab sebagai suami dan isteri dan juga tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Sekiranya kita bijak melayari bahtera rumahtangga, kita akan belayar di lautan yang tenang dan membahagiakan. Bukan badai, ombak besar atau ribut taufan yang diharapkan, tetapi cukuplah sekadar ombak kecil yang akan lebih merapatkan hubungan mesra penuh kasih sayang dan meningkatkan kefahaman antara pasangan. Dibawah ini merupakan kata-kata yang diucapkan oleh  Umamah binti Harith  kepada anak perempuannya yang bakal bernikah dengan Raja dari Yaman, Al-Harith bin Amru. ”Wahai puteriku, aku ingin memberitahumu sepuluh perkara sebagai pedoman dan panduanmu dalam melayari alam rumahtangga nanti” 1)  "Jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat menjadi kesenangannya dan jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk"  .  Jangan melakukan sesuatu ya...

Mayat Wanita Berbau Harum Dan Tidak Reput

Image
  Mayat seorang wanita di Tuban, Jawa Timur masih utuh dan mengeluarkan bau harum ketika kuburnya digali semula untuk dipindahkan, walaupun sudah 19 tahun dikebumikan di situ. Makam itu digali semula bersama 16 makam lain dalam rangka perluasan masjid. Jasad yang utuh tersebut adalah jasad Siti Masrinah, warga Kampung Penambang, Kecamatan Semanding, Kabupaten Tuban di Indonesia. Siti Masrinah yang dilahirkan pada 1913 itu meninggal dunia pada 1994 dan dimakamkan di area pemakaman di Desa Bejagung Menurut ahli keluarganya, semasa hidup Siti Masrinah merupakan seorang wanita yang sabar dan rajin beribadah. Dia juga menyayangi anak yatim dan tidak keberatan mendermakan sebahagian hartanya untuk membantu anak yatim dan tetangga di kampungnya.  

Wanita Tidak Boleh Jadi Pemimpin Bukan Satu Diskriminasi

Image
Soal kepimpinan di tangan lelaki ini bukanlah satu bentuk diskriminasi. Maha Suci Tuhan daripada menzalimi dan melakukan diskriminasi terhadap makhluk-makhlukNya, bahkan Tuhan itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Adil ertinya meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Maka kedudukan wanita itu bukan sebagai pemimpin tetap mereka ada peranannya yang tersendiri sesuai dengan fitrah mereka. Telah berlaku satu kisah di zaman silam di negara Andalusia, setelah sekian lama kaum Muslimin berperang dengan puak Kristian,namun kaum Muslimin tidak menang dan tidak kalah. Ini telah menimbulkan tanda tanya dan keresahan di kalangan orang orang Islam,termasuklah seorang wanita Islam yang merasakan bahawa sesuatu perubahan perlu dibuat supaya kemenangan berpihak semula kepada orang Islam. Dia berkata setelah sekian lama tentera dipimpin oleh kaum lelaki, tidak juga berjaya mendapat kemenangan, maka tibalah masanya kaum wanita pula diberi peluang dan dilantik untuk memimpin tentera Islam. Dalam kea...