Posts

Showing posts with the label Kazim Elias

Ustaz Kazim Elias Jawap Makian Di Facebook

Image
Selepas menyedari dirinya dihina dan difitnah sedemikian rupa, pantas sahaja Ustaz Kazim memberikan penjelasan kepada pihak-pihak yang busuk hati dengan perlantikannya itu menerusi laman Facebooknya, sebentar tadi. Antara lain, Ustaz Kazim menulis, “Subhanallah, saya pun terkejut saya dilantik, belum apa-apa dah kena maki. Saya ni sentiasa berlapang dada, janganlah tuduh tanpa melihat secara halus”. “Berhati-hatilah dalama berbicara. Apa tuan-tuan ingat saya kemaruk wang, kuasa dan pangkat? Apa salahnya doakan yang terbaik. “Bila tiada orang agama, dikata teruk, bila orang agama dijemput pun dikata teruk, saya tak faham,” luahnya lagi. Selain itu, dengan pelantikannya itu, ramai yang mula membuat sangkaan bahawa Ustaz Kazim akan terus bersara dari memberikan ceramah agama kepada masyarakat di luar sana. Mengulas mengenai perkara tersebut, Ustaz Kazim menjelaskan dia tidak sesekali akan meninggalkan bidang dakwah yang menjadi darah dagingnya sebaliknya selepas ini, beli...

Ustaz Kazim Elias Dilantik Ahli Majlis Tertinggi Umno

Image
PUTRAJAYA: Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias (gambar) adalah antara sembilan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dilantik, demikian diumumkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini. Lapan lagi yang dilantik dalam MT ialah Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin, Exco Kerajaan Negeri Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani, bekas Naib Canselor UiTM Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohanizam Ibrahim. Ketika mengumumkan lantikan sembilan anggota MT di pejabatnya di sini, Tengku Adnan berkata mereka melengkapkan jumlah 13 MT tambahan yang diputuskan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut Fasa 9.2.8. Perlembagaan Umno. "Pelantika...