Posts

Showing posts with the label kesihatan

Gelabah

Image
( berikut adalah catatan pengalaman menarik seorang pendakwah bebas semasa dimasukkan ke wad kecemasan )   28 Disember 2007 saya ditimpa sakit teruk dan dimasukkan ke wad kecemasan sebuah hospital kerajaan. Adik beradik serta saudara mara yang menziarahi telah melihat saya sudah seperti mayat. Saya sendiri tidak menyedari yang saya sudah berada di wad selama dua hari dua malam. Apa yang menghairankan ialah setelah dua hari dua malam pihak hospital tidak dapat menjelaskan apa penyakit saya. Anak lelaki saya telah memindahkan saya ke sebuah hospital pakar. Saya dimasukkan ke wad ICU. Hanya setengah jam sahaja selepas dimasukkan ke wad, pihak hospital memaklumkan yang saya mengalami sakit buah pinggang kronik. September 2011 saya terjatuh di rumah yang menyebabkan kecederaan di bahagian lutut kiri. Saya dibawa masuk ke wad kecemasan sebuah hospital kerajaan. Setelah dibuat enam keping x-ray pihak hospital memaklumkan yang tulang lutut saya retak. Selepas itu disimen dari huj...