Posts

Showing posts with the label mertua

Cara Memenangi Hati Bakal Mertua

Image
Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar suami/isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan. 1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya. 2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibua...

Maafkan Ibu Mertua

Image
  Saya telah berumahtangga. Oleh kerana pendapatan kami sekeluarga agak kecil maka kami masih tinggal bersama ibu mertua. Masalahnya ialah ibu mertua sering berleter terhadap kami yang menyebabkan kami tertekan serta merasa bosan. Dalam situasi kami ini, apa yang seharusnya kami lakukan?   Jawapan: Alhamdulillah, syukran. Situasi seperti yang saudara katakan itu sepatutnya saudara tinggal berasingan namun saudara juga masih belum mampu. Oleh itu saya sarankan supaya saudara bersabar. Sabar ertinya menahan diri demi mendapatkan keredhaan Allah swt. Sekiranya saudara tidak bersabar mungkin akan timbul masalah atau implikasi lain yang negatif misalnya saudara mungkin berkrisis atau bersengketa dengan ibu mertua dan sukar untuk berdamai semula. Kesan bersengketa dengan ibu mertua itu mungkin mengakibatkan keretakan suami isteri pula yang mungkin sukar berdamai juga. Untuk menguatkan kesabaran, saudara perlu yakin akan janji Allah swt terhadap orang yang bersifat sabar...