Posts

Showing posts with the label derhaka

Dosa Ibu Bapa Jadikan Anak Keras Hati

Image
KEROSAKAN ANAK KIFARAH DARI DOSA IBU BAPA Sehari dua ini kita disajikan dengan kes-kes buang bayi yang bertali arus. Ajaran sesat pula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Itu tidak termasuk keruntuhan akhlak yang tidak lagi boleh dipandang remeh. Jenayah bunuh, ragut semakin menjadi-jadi. Anak-anak sudah tidak kenal budi bahasa dan adab sopan. Si kaya terus menindas. Yang berkuasa semakin rakus  dengan pelbagai bentuk korupsi, kronisme dan nepotismenya. Di RPWP, semakin hari semakin banyak kes-kes rumahtangga dan keruntuhan akhlak anak-anak yang dirujuk bagi mendapat ulasan dan pedoman untuk mengatasinya. Semakin ramai ibubapa yang telah putus asa, tidak mampu lagi memperbaiki keadaan dan ingin menyerahkan sahaja anak mereka sendiri. Yang anak angkat apatah lagi. Padahal mereka tahu yang keutamaan kami ialah anak yatim dan asnaf fakir. Bahkan mereka lihat sendiri yang rumah ini sudah penuh dan padat..! Ada juga yang kami cuba ambil dan bantu memulihkannya. Dilema yang kami hadapi...

Anak Gadis Jadi Batu Akibat Derhaka Ibu Di Indonesia

Image
Masyarakat di Dusun Jublek, Desa Napis, Kecamatan Tambakrejo, Kabupaten Bojonegoro, digemparkan oleh penemuan mayat di dalam peti.  Yang lebih menghairankan l lagi, mayat tersebut telah mengeras seolah-olah dipelihara bertahun-tahun lamanya.                       Sebenarnya mayat seorang wanita ini telah disumpah oleh ibunya kerana telah menderhaka terhadap ibu sendiri.                       Biarpun peristiwa ini telah lama berlaku namun diharapkan ianya menjadi iktibar buat kita semua Maklumat ini diperolehi melalui Berita Jatim di lapangan, Khamis (20/8/2009) menyebutkan, mayat tersebut dijumpai warga di salah satu rumah kosong di tengah hutan jati sekitar desa setempat.

Kisah Azab Anak Derhaka Menghadapi Sakaratul Maut

Image
Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.“Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai. Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu. “Apa sakitnya ni?” tanya saya. “Entahlah ustaz, doktor pun tak tau.” Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini...

Anak Derhaka Makan McD VS Ibu Makan Ikan Masin

Image
Anak Ketika hangat diperkatakan di Facebook, seorang lelaki bergelar Alfarouq pada ketika itu duduk membelakangi sepasang kekasih secara tidak sengaja telah terdengar perbualan di antara seorang anak dan ibunya.   Apa yang mengharukan, perbualan yang didengari Alfarouq Fadli itu berkisar tentang seorang anak gadis yang meminta duit belanja dari ibunya yang miskin dikampung. Sedangkan ketika itu dia sedang enak menikmati makanan di MacDonald sedangkan ibubapanya hanya menikmati ikan masin sahaja di kampung. Semoga apa yang disampaikan oleh saudara Alfarouq ini dapat dijadikan iktibar buat semua hendaknya. Soalan Terakhir Norazita Kepada Suami Sebelum Mati Ditembak Elakkan ke Thailand Atau Bangkok, Menakutkan..Bacalah Pelajar 14 Tahun Dicekup Melakukan Seks Di Tandas Sekolah Close Ad    

4 Beradik Belasah Bapa Kandung Dengan Pengunci Stereng Kereta

Image
SMS berbaur ugutan dan kata kesat yang dikirimkan anaknya.  KUALA SELANGOR - Bagaikan dirasuk syaitan, empat beradik dan seorang menantu perempuan sanggup membelasah bapa kandung mereka sendiri menggunakan pengunci stereng kereta hanya kerana berebut harta pusaka selepas lelaki itu berkahwin lain. Lebih menyedihkan, salah seorang daripada mereka yang berusia 14 tahun seolah-olah ‘gembira’ melihat bapa dan bapa saudaranya 'lunyai' ditumbuk dan dipukul di taman perumahan murah di Teluk Piah pada 12 Oktober lalu. Kejadian yang berlaku jam 10.30 malam itu, bermula apabila empat beradik berkenaan datang menaiki tiga kereta dan turut membawa sekumpulan lelaki bertujuan untuk 'mengecohkan' kawasan hadapan rumah bapa mereka sehingga jiran berhampiran tidak berani masuk campur. Pada waktu itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Abdullah, 51, yang juga peniaga kecil-kecilan keluar bersama isteri untuk mengambil anak tirinya yang berusia 10 tahun yang mempunyai latiha...