Posts

Showing posts with the label palsu

Minyak Ron 95 Naik Lagi?

Image
K alau sebelum ini ada berita mengenai kenaikan harga minyak RON 97, hari ini, ada pihak yang tidak bertanggung jawab menyebarkan pula berita kenaikan harga minyak RON 95 yang sekarang ini heboh di laman-laman sosial seperti di Twitter, Facebook. Berita RON 95 Naik 20 Sen 10 Januari 2014 Adalah Palsu Berita kenaikan harga minyak RON 95 ini menimbulkan kekecohan dan dipercayai sumber utama berita palsu ini disebarkan dari sebuah akaun Facebook dengan nama “Pejuang Keadilan III”. Berita kenaikan RON 95 ini sebenarnya diubahsuai daripada artikel Bernama yang diterbitkan pada 2 September 2013 seperti di dalam gambar yang kami sediakan di bawah. Artikel Bernama pada September 2013 Kami berharap penjelasan ini dapat meredakan kekecohan mengenai kenaikan harga RON 95 ini. Sila kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain. sumber: http://agendasemasa.com

Berita Palsu 23 Remaja Hilang Di Villa Nabila

Image
    Johor Bahru: Polis Johor menafikan dakwaan kehilangan 23 remaja yang dikatakan memasuki sebuah kawasan villa tinggal di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu. "Laporan itu dibuat ibu mangsa jam 1 pagi tadi dan beliau dimaklumkan rakan anaknya, mangsa didakwa telah memasuki kawasan villa tinggal berkenaan.

Bekas Jaga Ambank Beli IC Palsu, Bukan Yang Dikelurkan JPN

Image
        KUALA LUMPUR – Suspek kes bunuh pegawai AmBank, Laode Ardina Laode Rasila dipercayai membeli kad pengenalan palsu daripada seorang lelaki warga Indonesia. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pembelian kad pengenalan palsu itu dibuat di Malaysia dan ia bukan kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). “Dia (suspek) mengaku membeli kad pengenalan itu dari seorang lelaki warga Indonesia. Kita sedang menyiasat berkenaan dengan penjualan kad pengenalan palsu. “Ini kad pengenalan palsu, bukan kad yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan suspek juga membeli kad pengenalan itu di Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah Dari Perspektif Islam di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini, hari ini. Sementara itu katanya, polis turut memburu seorang lagi rakan suspek yang dikenali sebagai Joemar dipercayai menjadi dalang utama merancang rompakan ...

Di China, Dagingpun Palsu!

Image
MINGGU ini, pasukan polis di wilayah Xi’an di China melaporkan mereka telah menemui dan merampas 22 tan daging lembu paslu daripada sebuah kilang tempatan. Daging lembu palsu oti sebenarnya berasal dari daging babi yang lebih murah dari lembu. Daging babi kemudiannya dicampur dengan beberapa bahan peluntur kimia seperti paraffin wax dan garam industri untuk mengubah rupanya seakan-akan daging lembu. Menurut laporan media tempatan, kilang itu telah berjaya menjual kira-kira 1.5 tan daging lembu palsu itu ke pasaran tempatan dengan harga ?33 Yuan kira-kira RM17.11 sekilogram. Enam premis yang dikenalpasti mengeluarkan daging lembu palsu ini kini ditutup operasinya serta merta. Kes seperti itu bukanlah kali pertama terjadi di China. Pada bulan Mei lalu, seramai 904 orang dilaporkan ditahan di China atas kesalahan berkaitan penjualan daging. - Mynewshu Artikel Berkaitan: Badan Manusia Dipotong Dan Dijual Di Kedai Daging Hancur Tangannya Masuk Mesin Pengisar ...