Posts

Showing posts with the label syaitan

Janji Dan Sumpah Syaitan Terhadap Wanita

Image
Jika seseorang wanita itu masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan akan beralih dengan strategi yang lebih halus dan licik melalui beberapa cara pula seperti apabila wanita itu : 1. Membuka Bahagian Tangan Apabila bahagian telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagian hasta iaitu dari siku hingga telapak tangan.  Tangan yang terdedah juga adalah aurat “Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.” Begitu bisikan syaitan.  Akhirnya  wanita tewas menampakkan tangannya dan para lelaki dapat melihat kemulusan kulit wanita.  Saat itu iblis akan membisikkan lagi  “Haa, tak apa-apa kan?”.. 2. Membuka Leher dan Dada Setelah menampakkan tangan yang menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. “Belum cukup begitu, haruslah ada peningkatan fesyen supaya nampak lebih moden, bukalah bahagian atas ...

Cara Menghadapi Godaan Nafsu Dan Syaitan

Image
Diceritakan bahawa ada seorang murid yang telah tamat pengajian dengan seorang guru. Maka sebelum ia berangkat pulang ke kampung halaman, si murid meminta tawsiyah (pesanan) dari gurunya tentang bagaimana harus ia lakukan ketika menghadapi godaan nafsu & syaitan. Si guru berfikir kemudian menjawab dengan memberikan sebuah perumpamaan. Dia menjawab soalan muridnya itu dengan melontarkan soalan: "Anakku, cuba bayangkan jika engkau diundang untuk bertamu di rumah seseorang. Ketika engkau tiba di depan pintu rumahnya, kau mendapati ada seekor anjing sedang menghalang engkau dari memasuki rumah itu. Katakan kepadaku apa yang akan engkau perbuat dengan anjing itu pada ketika itu?". Jawab si murid: "Akan aku ambil batu dan lempar ke arah anjing itu agar aku mengusirnya". Tanya gurunya lagi: "Tapi jika setelah itu, dia datang lagi di hadapan pintu itu?" "Akan aku lempar lagi dengan batu yang kedua" jawabnya. Dan setiap kali gurunya bertan...

10 Strategi Syaitan Membuka Aurat Wanita

Image
1. Menghilangkan hijab (penutup) Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah. 2. Membuka bahagian tangan Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata, “Tak mengapa jika memakai baju lengan pendek. Kamu masih pakai tudung.” Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya ...