Posts

Showing posts with the label ibu

Ibu Dengan Anak Kandungnya Paling Ramai Di Dunia

Image
Siapakah gerangan wanita yang memiliki anak terbanyak di dunia yang dilahirkan daripada rahim sendiri? Tidak ada maklumat yang jelas tentang wanita ini. Yang pastinya beliau ialah isteri pertama  Feodor Vassilyev (1707-1782), seorang petani dari daerah Shuya, Rusia. Dia dikatakan telah melahirkan seramai 69 orang anak, antaranya beberapa orang anak kembar dua,bayi triplets (kembar tiga), dan bayi quadruplets (kembar empat). Wanita ini adalah isteri pertama Feodor Vassilyev yang dikatakan telah membunuh diri atas sebab yang tidak diketahui. Feodor kemudiannya berkahwin lain, dan hebatnya dia berjaya memujuk isteri keduanya untuk mengurus 69 orang anaknya. Fakta yang menarik lagi, dari 69 kelahiran, yang selamat adalah 67 orang. Jika setiap daripada anak itu menghasilkan 2 orang anak lagi (jumlah yang sangat rendah untuk standard zaman dahulu), dan jika dari 2 anak tersebut menghasilkan 2 orang anak lagi, dan dengan perkiraaan jarak antara generasi sekitar 25 tahu...

Anak Derhaka Makan McD VS Ibu Makan Ikan Masin

Image
Anak Ketika hangat diperkatakan di Facebook, seorang lelaki bergelar Alfarouq pada ketika itu duduk membelakangi sepasang kekasih secara tidak sengaja telah terdengar perbualan di antara seorang anak dan ibunya.   Apa yang mengharukan, perbualan yang didengari Alfarouq Fadli itu berkisar tentang seorang anak gadis yang meminta duit belanja dari ibunya yang miskin dikampung. Sedangkan ketika itu dia sedang enak menikmati makanan di MacDonald sedangkan ibubapanya hanya menikmati ikan masin sahaja di kampung. Semoga apa yang disampaikan oleh saudara Alfarouq ini dapat dijadikan iktibar buat semua hendaknya. Soalan Terakhir Norazita Kepada Suami Sebelum Mati Ditembak Elakkan ke Thailand Atau Bangkok, Menakutkan..Bacalah Pelajar 14 Tahun Dicekup Melakukan Seks Di Tandas Sekolah Close Ad    

10 Anugerah Allah Ke Atas Ibu Yang Mengandung, Bertuahnya...

Image
  Subhanallah! Bertuahnya Ibu Mengandung  | Terdapat banyak pengalaman dan susah senang ketika seseorang ibu itu mengandung. Secara ringkasnya, seorang ibu itu sangat bertuah kerana : 1. Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.  2. Rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil.Rasulullah menyebutkan bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya di mana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama. 3. Wanita hamil perolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Rasulullah menyatakan bahawa wanita hamil akan memperolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam ...

MANA MAK?

Image
  Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?’ Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. Dua puluh tahun kemudian Jam 6.30 petang Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, “Mana Mak?” Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.” Ayah t...

Maafkan Ibu Mertua

Image
  Saya telah berumahtangga. Oleh kerana pendapatan kami sekeluarga agak kecil maka kami masih tinggal bersama ibu mertua. Masalahnya ialah ibu mertua sering berleter terhadap kami yang menyebabkan kami tertekan serta merasa bosan. Dalam situasi kami ini, apa yang seharusnya kami lakukan?   Jawapan: Alhamdulillah, syukran. Situasi seperti yang saudara katakan itu sepatutnya saudara tinggal berasingan namun saudara juga masih belum mampu. Oleh itu saya sarankan supaya saudara bersabar. Sabar ertinya menahan diri demi mendapatkan keredhaan Allah swt. Sekiranya saudara tidak bersabar mungkin akan timbul masalah atau implikasi lain yang negatif misalnya saudara mungkin berkrisis atau bersengketa dengan ibu mertua dan sukar untuk berdamai semula. Kesan bersengketa dengan ibu mertua itu mungkin mengakibatkan keretakan suami isteri pula yang mungkin sukar berdamai juga. Untuk menguatkan kesabaran, saudara perlu yakin akan janji Allah swt terhadap orang yang bersifat sabar...