Posts

Showing posts with the label dalil

Patung Jesus Berdiri Teguh Dihentam Taufan Haiyan Vs Masjid Tak Ditenggelami Banjir

Image
Patung Jesus dikhabarkan kekal berdiri selepas dihentam Taufan Haiyan Pasca Taufan di Acheh dahulu, fenomena masjid kekal teguh tak tersentuh dek taufan hangat dibicarakan di Malaysia, sebagai tanda keagungan Allah SWT, dikait juga bahawa ianya adalah dalil bagaimana benarnya Islam, hinggakan bencana yang menimpa tidak menyentuh masjidnya. Baru-baru ini, di Filipina, berlaku taufan yang dahsyat. Namun usai itu semua, ada cerita yang menggemparkan. Patung Jesus tegak berdiri walaupun taufan yang membelasah tempat itu dasyat sekali. Maka bergemalah pula bahawa itulah bukti kebenaran Kristian. Bahkan ada muslim yang seakan tergugah. “Bagaimana? Patung Jesus itu kekal berdiri selepas dibantai taufan. Apakah agama mereka benar?” Fenomena keajaiban-keajaiban menjadi dalil kepada kebenaran sesuatu agama ini menarik perhatian saya. Tidak mahu saya masuk kepada perbahasan agama mana yang lebih benar, saya sebagai seorang muslim ingin memberikan pandangan melalui perspektif say...