Posts

Showing posts with the label kubur

Cahaya Aneh Apakah Yang Keluar Dari Maqam Maqam Di Madinah

Image
Lihatlah Cahaya tersebut di saat kota Madinah Telah Gelap tetapi kubur tersebut masih bercahaya .. Suasana sedemikian sememangnya aneh... Isu Cahaya di Kuburan Baqi’, Ini Penjelasan Juru Bicara Pemerintah Al-u Bukan saja kubur-kubur yang ada sekitar  Madinah,malah diperkuburan Baqi' juga wujud kubur-kubur yang bercahaya pada waktu malam Foto yang disebarkan media jejaring sosial tentang cahaya dari salah satu kuburan di Baqi’ Jika keanehan terjadi pada kuburan, biasa akan menjadi isu yang cepat menyebar dan sering membahayakan akidah umat Islam secara umum.  Baru-baru ini, tersebar khabar dan foto yang menyebutkan adanya cahaya keluar dari salah satu kuburan di Makam Baqi’ di Al-Madinah Al-Munawwarah. Dalam penyebaran isu itu, ada yang mengatakannya sebagai cahaya, karena kuburan itu milik orang sholeh.  Ada juga yang mengatakannya sebagai api, karena kuburan dimiliki oleh orang yang tidak soleh. Namun juru bicara pemerintah Al-Madinah Al-Munawwarah, Khalid Sebeh, seperti...

10 Jenis Mayat Yang Tidak Akan Busuk Di Dalam Kubur

Image
Disebutkan oleh hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Kiamat : 1). Para Nabi-Nabi 2). Para Ahli Jihad Fisabilillah 3). Para Alim Ulama menegakkan kalimah ALLAH. 4). Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam. 5). Para Penghafal Al-Qur'an dan beramal dengan Al-Qur'an. 6). Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah. 7). Tukang Adzan yang tidak meminta habuan. 8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa taat pada perintah Allah. 9). Orang mati dibunuh atau dianiaya karena mempertahan Maruah dan Agama. 10). Orang yang mati di siang hari atau di malam Jum'at jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia. (HR. Bukhari Muslim) SubhanAllah.. Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang seperti itu. Aamiin

Misteri Kubur Wanita Mati Dibunuh Di Tengah Masjid

Image
Mungkin ramai tertanya-tanya mengenai kubur yang berada di tengah-tengah Masjid Razaleigh di Bandar Lama, di Gua Musang, Kelantan.  Ini kerana belum pernah ditemui di mana-mana masjid sama ada di dalam atau luar negara kubur orang awam berada dalam masjid. Kebanyakan mereka daripada kalangan ahli jemaah terutama yang datang dari luar daerah ini sudah tentu membuat pelbagai andaian tersendiri, berikutan tidak mengetahui sejarah sebenar yang berlaku apabila melihat kubur yang dianggap pelik itu. Diakui semakin sukar untuk menjejak sejarah serangan komunis di Bandar Gua Musang sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 kerana kebanyakan orang lama yang asal tinggal di bandar ini telah meninggal dunia. Bagaimanapun, mujur masih ada rujukan menerusi catatan sejarah dalam diari mengenai serangan komunis itu yang ditulis sendiri bekas Penggawa Hulu Kelantan ketika itu, Allahyarham Nik Jaafar Nik Soh.                      ...

Sekitar Majlis Pengkebumian Ariel Sharon Yang Lalu

Image
Akhirnya bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon telah meninggal dunia pada usia 85 tahun setelah koma sejak tahun 2006 lalu akibat diserang angin ahmar. Sharon mula diserang angin ahmar pada Disember 2005 sebelum mengalami pendarahan otak teruk pada 4 Januari 2006. Selepas dirawat selama berbulan-bulan di Hospital Hadassah di Baitulmaqdis, Sharon dipindahkan ke Hospital Tel Hashomer. Dilaporkan juga beberapa organ utamanya turut gagal berfungsi. Fakta-fakta kekejaman Ariel Sharon: Merupakan pemimpin Yahudi paling kontroversi berikutan penglibatannya dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Lebanon pada 1982. Dianggarkan sebanyak 3,500 penduduk awam kebanyakannya pelarian Palestin maut dibunuh pertubuhan separa tentera ultranasionalis, Phalanges Lebanon yang juga sekutu Israel ketika itu. Ketika menyertai angkatan tentera, Sharon pernah mengetuai unit komando 101 menentang tentera Arab yang berakhir dengan kematian 60 penduduk Palestin keba...

SUBHANALLAH!!! Bunga Mekar Memenuhi Pusara Ammar - Syuhada Malaysia Di Turki!!

Image
HARI ini melalui akaun seorang pengguna Twitter, dia berkongsi gambar ibu bapa pemuda Ahmad Ammar Ahmad Azam menziarahi pusara anaknya itu yang meninggal dunia 36 hari yang lepas. Ahmad Ammar meninggal dunia dilanggar ambulans pada 2 November lepas ketika melintas jalan. Allahyarham juga menjadi orang Malaysia pertama dikebumikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan itu juga menjadi saksi tempat bersemadinya lebih 60 jasad para sahabat Nabi Muhammad S.A.W, para auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Jasad sahabat Rasulullah Saidina Abu Ayub Al-Ansari turut disemadikan di situ. Dalam gambar di Twitter itu, kelihatan ayah Ammar Ahmad Azam Abdul Rahman yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama ibu Ammar Nur Azlina Abdul Aziz berdiri di sebelah pusara anaknya itu yang dihiasi bungaan mekar. Penulis hari ini turut berkongsi sebuah video petikan dari program Mimbar P...

Anak Tidak Boleh Keluar Dari Kubur Selepas Kebumi Emak

Image
  pengajaran ini  diambil dari Facebook. Sama-sama lah kita ambil ikhtibar dari kisah pengajaran ini. Usahlah dipertikai ini kisah benar atau palsu.   Mak..Lepaskan Kaki Saida Makkkk!… Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng – gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka. ” Bincang apa tu ? Serius aku tengok,” saya menyapa. ” Haaa… Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?” kata Jaimi, kawan saya. ” Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak fahamlah,” jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. ” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ” di kubur kat kampu...

Kisah Benar Wanita Kaki Ngumpat Sukar Dikafankan

Image
gambar hiasan   Menjalani kehidupan dengan gemar mengumpat orang adalah satu perbuatan yang amat ditegah dalam Islam. Mengumpat adalah satu sifat yang suka memburuk-burukkan individu tertentu di hadapan orang lain. Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati . Itu adalah janji Allah SWT kepada hambaNya. Namun bagaimana cara kita mati, tempat kita mati, keadaan kita mati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebagai hamba Allah hanya perlu sentiasa berdoa agar mati dalam khusnul khatimah. Di bawah ini terdapat satu kisah yang mana diceritakan kisah seorang wanita yang gemar mengumpat, akhirnya sukar untuk dikafankan. Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalam an itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kapankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lag...

7 Perkara Ganjil

Image
  Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.” “Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu. ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli...