Tips Dan Cara Untuk Konsisten Dalam Solat Subuh
Tips Dan Cara Untuk Konsisten Dalam Solat Subuh | Ramai golongan pekerja sangup bangun awal untuk pergi ke pejabat asalkan punch card tidak merah. Ramai pelajar mampu bangun awal demi mengelak terserempak dengan pengawas atau dimarahi cikgu disiplin. Tetapi kenapa masih ramai yang masih liat bangun solat Subuh? Motivasikan diri anda untuk lebih mudah dan bersemangat bangun solat Subuh tanpa sebarang alasan berdasarkan tip berikut: 1. Ikhlaskan niat hanya kerana Allah s.w.t. dan berikanlah hak-hakNya. Niat yang ikhlas akan mendorong anda mengorbankan apa-apa kekangan yang menghalang seperti mengantuk, tilam dan bantal yang empuk, kesejukan yang menggigit dan sebagainya. 2.Tanam tekad yang jitu, semangat juang yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri setiap hari. 3. Bertaubat daripada dosa dan berniatlah untuk tidak mengulanginya kembali. 4. Memperbanyakkan berdoa agar Allah s.w.t. memberikan kesempatan untuk solat Subuh. 5. Carilah kawan yang baik. Wujudkan komu...