Tanda Hidup Tidak Berkat
Kita tidak mungkin tahu bahawa hidup kita ini tidak berkat. Begitu juga jikalau hidup kita ini berkat. Bagaimana kita mahu tahu jika hidup ini berkat dan jika hidup ini tidak berkat? Diantara tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah: 1. Duit banyak, tapi cepat habis. Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup, tak pernah cukup. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain. 2. Buat kerja tapi tak siap. Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan. 3. Buat sesuatu yang tak dapat munafa'at. Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat diri orang pandai, tapi diri se...