Anjing Dipanah Lelaki Berkopiah Sudah Mati
SEMALAM, kami telah berkongsi kisah mengenai lelaki berkopiah yang kini diburu polis kerana memanah seekor anjing sebanyak dua kali sehingga cedera di Taming Jaya, Balakong. Di laman sosial, gambar anjing dengan panah yang terlekat di tubuhnya dan juga lelaki berkenaan juga semakin banyak dikongsikan oleh pengguna internet. Baca: Pak Lebai Panah Anjing Sesat Cetus Kemarahan Penduduk Setempat Di laman sosial, gambar anjing dengan panah yang terlekat di tubuhnya dan juga lelaki berkenaan juga semakin banyak dikongsikan oleh pengguna internet. Bagaimanapun, menerusi The Star hari ini, anjing baka Rottweiler yang dinamakan Brianna tersebut dilaporkan telah mati akibat pelbagai penyakit termasuklah trauma akibat panahan tersebut. Menurut pihak veterinar yang merawatnya, keadaan anjing itu sememangnya lemah dan sakit kerana diabaikan dalam tempoh yang agak lama. Menerusi Facebook Malaysian Dogs Deserve Better (MDDB), seorang wanita yang mendakwa rakannya merupakan jiran kepada lelaki tersebu...