4 Tempat Pelik Di Dalam Al Quran
Cuba kita selak semula lembaran hidup kita. Sepanjang kita bergelar muslim, berapa kali kita sudah khatam al-Quran. Jika setahun sekali, alhamdulillah. Jika sebulan sekali, itu sudah cukup bagus! Tetapi persoalannya, yakinkah kita bahawa bacaan kita itu menepati kaedah sebenar yang diajar Nabi s.a.w? Tolak tepi makhraj Arab yang agak sukar disebut oleh orang Melayu kita (kecuali jika benar-benar dilatih oleh guru al-Quran), bagaimana pula dengan benda-benda basic? Dalam post kali ini, saya akan tunjukkan 4 tempat di dalam al-Quran yang bacaannya agak pelik sedikit dari biasa, di mana anda boleh menguji bacaan dan tahap pengetahuan anda. Jika kita selama ini kita tersalah baca, bermakna kita sudah silap strategi. Kita terlalu fokus pada ‘kuantiti’ bukannya ‘kualiti’ bacaan. Kita ada 2 pilihan. Sama ada meneruskan rutin harian kita dan khatam 12 kali setahun tetapi melakukan 12 kesalahan berulang-ulang kali, atau kita boleh KIV sebentar target khatam sebulan sekal...