Posts

Showing posts with the label Sabah

Ribuan Ikan Tuna Mendarat Di Pantai Jeddah, Arab Saudi

Image
Ribuan ikan tuna mendarat di Pantai Jeddah, Arab Saudi  - Selepas kejadian pelik ribuan ikan tamban mendarat di Pantai Tambisan, Lahad Datu minggu lalu dan penyebaran berita palsu tentang pendaratan ikan dan ketam di pelantar minyak Perairan Terengganu, kini kejadian sama turut dilaporkan berlaku di Pantai Jeddah, Arab Saudi. Punca kejadian tidak pula diketahui. Tanpa dinyatakan tarikh dan masa kejadian ini berlaku, satu  video rakaman tentang pendaratan ribuan ikan tuna di pantai berkenaan kini sedang berlegar-legar di Youtube. Dalam video itu, kelihatan penduduk kawasan pantai terbabit berpusu-pusu memunggah ikan-ikan tuna.

Kejadian Pelik Di Sabah Ikan Tamban Naik Ke Darat!

Image
LAHAD DATU: Penduduk di Kampung Tambisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi. Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit. Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami. Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.