Aku Tak Solat Tapi Aku Berjaya...
Saya teringat akan sahabat-sahabat yang kurang berjaya dalam peperiksaan akhir baru-baru ini. Kenapa saya mengunakan istilah sahabat? Sebab pada saya semua orang yang saya kenal adalah sahabat saya, individu yang saya akan leter kalau mereka tersalah, yang saya akan risau kalau mereka tidak sihat, yang saya akan menangis kalau mereka sedang bersedih, individu yang saya sanggup untuk sama-sama berlapar dan individu yang saya akan ajar sampai faham dengan ilmu yang tohor yang saya ada. Sahabat... Sebenarnya, ada perbezaan besar antara nama Allah “Yang Maha Pemurah” dan “Yang Maha Penyanyang”. Allah maha pemurah pada semua makhluknya tetapi hanya yang terpilih sahaja yang Allah sayang iaitu pada orang-orang yang beriman. Sebab itu kita lihat kenapa agaknya orang yang tidak solat, yang sering melakukan maksiat, masih tetap berjaya. Kerana Allah itu “Yang Maha Adil” dan ingatlah bahawa “kamu akan dapat apa yang kamu usahakan” dan janji Allah itu pasti. Mu...