Posts

Showing posts with the label miskin

Aiman Tino Kongsi Rezeki Dengan Keluarga Di Hari Raya

Image
Aiman Tino kongsi rezeki dengan keluarga Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my PENYANYI, Aiman Tino. - Foto Aziah Azmee KUALA LUMPUR: Penyanyi Ku Rela Dibenci, Aiman Tino, akan membawa keluarga bercuti selepas beraya di kampungnya di Sungai Besar, Selangor. Enggan berkongsi lokasi yang bakal dituju, Aiman atau nama penuhnya, Mohammad Aiman Yusri, berkata beliau berniat membawa seisi keluarga bersantai sepanjang cuti Aidilfitri. "Saya berniat untuk belanja keluarga jalan-jalan pada cuti raya ini. "Kali ini, hari raya cukup terasa perbezaannya selepas dua tahun menjadi artis. Aidilfitri tahun lalu, lagu saya, Ku Rela Dibenci belum hit seperti sekarang," katanya kepada BH Online. Aiman berkata, selain menyediakan persiapan keluarga untuk Aidilfitri, beliau juga mengeluarkan belanja untuk pengubahsuaian rumah. "Selain baju untuk keluarga dan kuih raya, saya sendiri menempah tujuh pasang baju Melayu. Saya juga menghasilkan kurta hipster yang diberi nama Qurta by Sweet A...

Dihalau Di Majlis Perkahwinan Kerana Miskin

Image
ehsan google  Assalamualaikum A lhamdulilah masih lagi bernyawa di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur ke hadrat ilahi atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Sallallahu Alaihi Wasallam. Sebenarnya sampai sekarang acik tak habis berfikir tentang pekara ini, kenapa manusia ini lebih mementing status , pangkat dan darjah seseorang itu ? Kalau dia kaya, berharga yang banyak mesti di sanjung dan di si miskin mesti di hina ? Adakah penting sangat pangkat dan darjat di mata kamu ?  Ia acik tahu itu melihatkan usaha dan krebiliti kamu dalam pekerjaan kamu dan bersungguh serta bekerja keras untuk dapatkannya. Tetapi kenapa perlu bongkak dan berlagak? Sahabat Nabi Muhammad SAW, Abdul Rahman Auf adalah contoh orang kaya yang semakin tawaduk kepada Allah dan merendah diri apabila dikurniakan kekayaan. Beliau adalah orang kaya bersifat mulia. Abdul Rahman yang terkenal sebagai pedagang kaya tidak mudah terbawa-bawa dengan kekayaannya, sebaliknya sentiasa teguh berp...

Menyayat hati...pelajar2 Tahfiz ini bina bangunan sekolah sendiri untuk jimat kos!

Image
Sebuah sekolah tahfiz di Hulu Tamu, Batang Kali memerlukan bantuan orang ramai untuk menampung keperluan dan kebajikan anak-anak murid di situ. Maahad Al Mustoffa itu dibangunkan di atas tanak wakaf mempunyai pelajar seramai lebih kurang 30 orang berumur belasan tahun dan 5 orang guru. Disebabkan ketiadaan dana maka guru-guru di situ mengajar secara sukarela(gaji diberi tidak menentu, biasanya guru-guru yang sudah berkahwin mendapat rm100 sebulan), pelajar-pelajar pula tidak mampu hendak membayar yuran, cuma diminta kalau boleh setiap pelajar membayar rm 10 seminggu untuk kos makan tapi itupun tak semua mampu bahkan ada pelajar yang menarik diri dari sekolah itu sebab segan tidak dapat bayar yuran rm 10 seminggu itu, bukanlah mereka diberhentikan sekolah. suasana dalam asrama pelajar. asrama dibina sendiri oleh pelajar-pelajar Pelajar-pelajar bergilir memasak setiap hari sebab tiada tenaga khas untuk memasak. Bangunan asrama pun dibina dengan keringa...