Posts

Showing posts with the label restoren

Restoren Mamak Basuh Kuali Guna Air Longkang

Image
gambar hiasan Buat penggemar setia restoran mamak, pastinya video di bawah ini memberikan tamparan yang besar kepada anda. Ini kerana seorang penduduk yang tinggal berdekatan dengan lokasi sebuah restoran mamak yang terletak di Cheras ini telah berjaya merakamkan video seorang pekerja yang sedang mencuci kuali dengan air longkang di belakang kedainya itu. Memang dasar pengotor! Dah takde cara lain ke nak cuci kuali tu? Memang tak semua pekerja mamak buat perangai sebegini, namun bak kata orang kerana nila setitik rosak susu sebelanga!

Pengurus Restoren Nasi Ganja Ipoh Nafi Guna Najis Manusia

Image
Ketika isu Restoran "Nasi Ganja" di Ipoh diarah tutup 2 minggu kerana premis didapati kotor, ada pula isu lain yang timbul apabila satu status dimuatnaik oleh Cik Ze Aida di dalam Facebook yang mendakwa terdapat najis manusia di dalam peti simpanan makanan yang dipercayai sebagai ilmu hitam. Kerana tidak berpuas hati akan penyebaran dakwaan tersebut, pemilik Restoran Vanggey di Jalan Yang Kalsom, telah membuat laporan Polis untuk menyiasat dakwaan yang dianggap sebagai fitnah yang akan merugikan perniagaan mereka. Sama ada dakwaan itu benar atau tidak, tiada siapa yang tahu. Namun bagi Admin, sebenarnya isu pokok iaitu isu premis kotorlah yang akan membuatkan Restoran "Nasi Ganja" kerugian. Di harap pengusaha-pengusaha restoran lebih sensetif akan isu kebersihan di masa akan datang. Salinan Report Polis: PADA 13/11/2013 JAM LEBIH KURANG 5.00 PETANG SEMASA SAYA BERADA DIRESTORAN NASI VANGGEY GREENTOWN IPH TELAH DIBERITAHU OLEH PELANGGAN TERDAPAT ME...