Dihalau Di Majlis Perkahwinan Kerana Miskin
ehsan google Assalamualaikum A lhamdulilah masih lagi bernyawa di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur ke hadrat ilahi atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Sallallahu Alaihi Wasallam. Sebenarnya sampai sekarang acik tak habis berfikir tentang pekara ini, kenapa manusia ini lebih mementing status , pangkat dan darjah seseorang itu ? Kalau dia kaya, berharga yang banyak mesti di sanjung dan di si miskin mesti di hina ? Adakah penting sangat pangkat dan darjat di mata kamu ? Ia acik tahu itu melihatkan usaha dan krebiliti kamu dalam pekerjaan kamu dan bersungguh serta bekerja keras untuk dapatkannya. Tetapi kenapa perlu bongkak dan berlagak? Sahabat Nabi Muhammad SAW, Abdul Rahman Auf adalah contoh orang kaya yang semakin tawaduk kepada Allah dan merendah diri apabila dikurniakan kekayaan. Beliau adalah orang kaya bersifat mulia. Abdul Rahman yang terkenal sebagai pedagang kaya tidak mudah terbawa-bawa dengan kekayaannya, sebaliknya sentiasa teguh berp...