Posts

Showing posts with the label artis

Kenapa Artis Ini Berubah?

Image
1. Catriona Ross Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu. Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu. Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau. “Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah. “Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya. “Esoknya di rum...

Erra Fazira Dicerai Talak Satu

Image
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia  Akhirnya ternoktah sudah hubungan pasangan Erra Fazira dan Engku Imran hari ini apabila Engku Imran melafazkan talak 1. Tak sangka sebenarnya yang ikatan mereka kan berakhir macam ni. Bila tengok sebelum ni nampak loving sungguh. Dengan kehadiran si comel Engku Aleesya lagi.  Sumber : Google SHAH ALAM: Pelakon popular, Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, sebentar tadi.  Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.   Apapun, me tetapkan doakan yang terbaik buat mereka. Kesian kat Engku Aleesya. Hurmm.. Mungkin ALLAH ada perancangan yang lebih baik untuk kedua mereka. sumber berita :  Berita Harian Online

Artis Mimpi Dikafan, Akhirnya Jadi Realiti Meninggal Dunia

Image
Kematian itu memang pasti. Tidak lambat atau mahupun cepat sesaat. Namun begitu, bilakah kita akan mati itu hanya akan meninggal persoalan untuk kita. Seorang artis yang dikenali sebagai Aden , merupakan vokalis kumpulan nasyid dari Indonesia telah memuat baik satu tweet tentang mimpinya yang dalam keadaan meninggal dunia, malah turut dikafankan. Takdir Allah SWT, mimpinya menjadi kenyataan selepas beberapa hari.

Azean Irdawaty Meninggal Dunia Al-Fatihah

Image
Oleh:Editorial MH Tarikh: 17 Disember 2013 Sebentar tadi, industri hiburan negara dikejutkan dengan berita sedih apabila seniwati terkenal, Azean Irdawaty, 63, meninggal dunia pada jam 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.    Memetik laporan beberapa portal berita, Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihadapinya sejak lima tahun lalu.    Takziah Media Hiburan Online ucapkan kepada keluarga Allahyarham sekeluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-fatihah.   sumber: mediahiburan.karangkraf.com

Erma Fatima Bayar Saman Rabecca RM11,200 Dalam Bentuk Syiling 5 Sen

Image
PETALING JAYA – Pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menang saman terhadap Erma Fatima terkejut apabila menerima wang tuntutannya sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen. Rabecca, 23, berkata, pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu menyerahkan wang tuntutan berkenaan di pejabat peguamnya, Nordin Othman pada petang Selasa yang dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk sebuah kotak yang terdapat Al-Quran. “Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?,” katanya yang menghubungi mStar Online di sini pada Selasa. Pada 8 November lalu, Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan ter Bhadap Erma Fatima apabila Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit drama itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak RM11,200 (40 peratus berserta lima peratus faedah)...

9 Artis Lelaki Malaysia Yang Telah Insaf Dan Berhijrah(Gambar)

Image
Semoga Allah terus memimpin kita dan mereka ke jalanNya dan semoga lebih ramai lagi artis-artis lain turut menyertai mereka. 1. Bob Lokman – bekas pelakon, pelawak, komposer 2. Ustaz akhil hayy – bekas penyanyi rock (80-an) ‘D Riyadh’ 3. Megat – bekas penyanyi kumpulan ACAB 4. Azmeer Mustafa – bekas pelakon filem ‘ali setan’ 5. Ustaz Radzi – bekas penyanyi rock ‘Melissa’ 6. Iwan Syahman – bekas penyanyi dangdut 7. Izam – bekas vocalis kumpulan E.Y.E 8. Sham kamikaze – bekas gitaris kumpulan ‘kamikaze’ 9. Mel – bekas penyanyi kumpulan ‘Wings’ Datuk Siti Nurhaliza Kena Saman

Maksud ‘Berhijab’ Yang Cukup Menyentuh Dari Oki Setiana Dewi

Image
Oki Setiana Dewi Assalamuaikum dan salam sejahtera kepada mereka yang sedang membaca. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk kita bertemu lagi pada lembaran kali ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada anda yang membaca dan saya begitu yakin, anda yang sampai ke halaman ini merupakan pembaca-pembaca yang baik yang ingin berubah menjadi seorang yang lebih baik. Entry kali ni saya nak berkongsi sedikit mengenai satu video ajakan berhijab yang pada saya cukup hikmah daripada artis terkenal Indonesia, Oki setiana Dewi. Jom kita saksikan.. “Sampai kemudian pada satu titik, saya kemudian berfikir memang cantik di mata manusia tapi ternyata saya tidak cantik di mata Allah…”  (Kata-kata Oki Setiana sebelum memilih untuk berhijab). SUMBER