Hentikan Sebar Maklumat Remaja Hilang Di VillaNabilla (PDRM)
JOHOR BAHRU – Remaja, Mohd Izzudin Izzat Hussin, 16 tahun, yang dilaporkan hilang selepas pergi ke Villa Nabila di Danga Bay Johor Bahru 16 November lepas untuk meninjau hantu tahu dirinya sedang dicari pihak polis sepanjang tempoh kehilangannya melalui berita televisyen. Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negeri Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini. Menurut beliau, remaja berkenaan ditemui di sebuah rumah rakannya di Flat Desa Mutiara tengah malam tadi bersama teman wanitanya. “Polis Johor berjaya.. misteri Villa Nabila ini sudah terjawab.. budak yang dilaporkan hilang yang dikatakan disorok oleh jin, makhluk halus.. berita yang begitu sensasi sekali ya.. disebar begitu luas dalam laman sosial.. Polis Johor berjaya menjawab misteri ini,” katanya. Mohd Mokhtar berkata sebaik sahaja pihak polis menerima laporan kehilangan remaja terbabit, pihak polis Johor menubuhkan satu pasukan khas mencari rem...