SMS Terakhir Anak Tan Sri Yang Mati Terbakar
‘Jumpa awak di dunia lain!’ Inilah khidmat pesanan ringkas terakhir yang dihantar oleh seorang anak ‘Tan Sri’ yang terkenal di negara, kepada teman wanitanya sebelum membakar dirinya. Mayat pemuda yang rentung 80 peratus itu, kemudiannya ditemui di balkoni kondominiumnya di Taman Tun Dr Ismail awal pagi ini. Akhbar The New Straits Times melaporkan bahawa pemuda yang berusia 20 tahun itu, dipercayai telah menuangkan petrol ke atas dirinya sebelum membakar diri. Pemuda itu dikatakan sedang menuntut di sebuah universiti di New Zealand dan telah kembali ke Malaysia untuk bercuti. Menurut Bernama, mayat pemuda itu ditemui oleh ibu mangsa pada kira-kira 4 pagi ketika terjaga daripada tidur sebelum melihat kesan kebakaran di balkoni kondominium berkenaan. Ibu mangsa kemudian dilaporkan cuba membuka pintu jeriji yang berkunci di balkoni itu sebelum melihat mayat anaknya itu dalam keadaan rentung dan tertiarap. Bernama memetik kata-kata seorang sumber yan...