Posts

Showing posts with the label derma

Kemiskinan Bukan Untuk Dibasmi

Image
Dalam hidup ini, banyak perkara yang manusia suka dan banyak perkara yang manusia benci. Yang manusia suka dia akan usahakan supaya diperbanyakkan lagi. Yang dibenci, kalau boleh hendak dibasmi dan dihapuskan.Di antara perkara yang manusia tidak suka ialah kemiskinan. Maka banyaklah suara dan usul diketengahkan untuk membasmi kemiskinan. Malahan telah diadakan program khas untuk tujuan membasmi kemiskinan ini. Hakikatnya, bukan sahaja manusia di zaman ini yang bencikan kemiskinan. Manusia di sepanjang zaman bencikan kemiskinan. Berbagai usaha telah dibuat oleh manusia dari zaman silam sama ada secara individu mahupun secara berkelompok untuk menghapuskan kemiskinan di dalam masyarakat dan tamadun mereka. Dalam hal ini manusia belum pernah berjaya. Justeru itu soal yang timbul dalam fikiran kita bolehkah fenomena kemiskinan ini dibasmikan? Bukankah ia satu sunnatullah yang tidak akan berubah-ubah. Apa akan terjadi pada sesuatu masyarakat yang tidak mempunyai orang miskin dan semua a...

Ustaz Ini Menipu Penderma-Penderma

Image
  Ustaz Penipu, Derma Buat Banglo Sendiri. Dia menjaja konon dirinya seorang ustaz yang hidup miskin dan diamanahkan menjaga sebuah banglo dua tingkat di sebuah perkampungan miskin dan terpencil di Phnom Penh, sejak beberapa tahun lalu.  Namun rahsia ustaz ini yang pernah dan masih menjaja sumbangan di Malaysia terbongkar, apabila sebuah banglo yang dilengkapi pelbagai kemudahan bernilai lebih ratusan ribu itu, didakwa adalah miliknya. Banglo terletak di tengah-tengah ratusan rumah penduduk Islam daif di Kampung Cham, itu dikatakan digunakan sebagai pusat operasi menagih sumbangan warga Malaysia kononnya bagi membina sekolah agama dan masjid baru di kampung itu. Ustaz lingkungan 40-an itu dikatakan sering menjaja dirinya mengetuai sebuah pertubuhan bukan kerajaan berlandaskan Islam di negara itu yang dianggotai tidak sampai lima ahli, bagi menagih sumbangan terutamanya daripada warga Malaysia yang sering menjalankan kerja amal di negara itu. Tambah mengejutk...

Mencuri Tabung Derma Surau Dan Anak Yatim

Image
Sekiranya ketika mengunjungi sesebuah kedai makan ataupun runcit, mungkin ada sebahagian daripadanya ada menyediakan tabung untuk derma sama ada untuk masjid, surau, rumah anak yatim dan sebagainya. Namun apa cuba ingin kongsikan bersama anda adalah tentang sikap seorang lelaki yang bertindak mencuri tabung berkenaan di sebuah kedai mamak. Tindakannya itu tidak disedari oleh orang ramai. Namun CCTV sempat merakamkan kejadian tersebut. Ada manusia memilih untuk jadi pencuri dan merancang tindakannya itu, sesetengahnya pula mencuri disebabkan ada peluang. Macam lelaki dalam video ini, rasanya dia mencuri kerana melihat ada kesempatan untuk melakukannya. Dalam video dapat dilihat,  dia sedang menunggu di kaunter kedai mamak yang tidak berjaga . Agaknya nampak pula tabung derma elok je terletak di situ terus dapat idea nak cekup masuk dalam jaket. Perbuatan mencuri memang dah sah-sah tak patut , curi pula tabung derma untuk masjid atau rumah anak yatim … lagilah tak p...

KENALILAH TUHAN YANG MENGUJI MU!

Image
    Semalam (25 September 2012) , ketika berada di ruang udara IKIM.fm dalam slot Mukmin Profesional, seorang pemanggil bertanya saya akan ujian yang menimpanya. Dirasakannya ujian yang dihadapinya terlalu banyak, bertubi-tubi datang, lepas satu, satu. Suaranya membayangkan kesedihan. Saya turut merasainya kerana itu juga menjadi suara hati sesiapa yang diuji. Hakikatnya, saya yang ditanya tidaklah lebih baik daripadanya. Dia lebih baik… kerana sudi dan berani berterus-terang. Kebanyakkan kita hanya memendamkan rasa hati… Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan… terdetiklah rasa, “apakah Tuhan sayangkan aku? Kenapa aku diuji sebegini berat sekali? ” Subhanallah, saya terasa ingin menjawab rasa hati ini dengan sebuah tulisan yang panjang. Terasa benar-benar terpanggil. Tetapi kerana banyak cabaran dan hambatan, saya mulakan dengan tulisan yang secebis ini… Saya punya rasa malu, bimbang, dan tidak puas jika bersandar kepada akal dan susunan aya...

Jualan Amal Ebook Untuk Surau Dan Sekolah

Image
Jarang kita dengar jualan amal Ebook tapi Surau Mustaqimah memperkenalkan kaedah tajdid jualan amal Ebook untuk at least menampung serba sedikit biaya surau , sekolah MADI, pelajar2 luar Negara, anak-anak yatim . Rasanya cara ini agak efficient sebab boleh dibuat online di mana-mana. Di bawah kami senaraikan banner-banner atau link Ebook2 agama atau tips/petua untuk kegunaan dan manfaat bersama. Selain itu pihak surau juga ada membuat jualan amal baju terpakai tapi di Perlis sahaja so bagi yang tinggal di luar Perlis agak sukar untuk membelinya. Kalau nak sumbangkan pakaian terpakai dialu-alukan. Cara pembelian Ebook ini hanya klik pada banner nanti tuan/puan akan dibawa ke page seterusnya untuk pembayaran dan download. Pihak surau merakamkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan bantuan tuan/puan. Di sisi Allah adalah sebaik-baik ganjaran.   Selamat Membaca Sambil Menderma!   (hargnya tertulis pada page yang akan tertera setelah banner diklik, terdapat taju...