Posts

Showing posts with the label cerai

Erra Fazira Dicerai Talak Satu

Image
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia  Akhirnya ternoktah sudah hubungan pasangan Erra Fazira dan Engku Imran hari ini apabila Engku Imran melafazkan talak 1. Tak sangka sebenarnya yang ikatan mereka kan berakhir macam ni. Bila tengok sebelum ni nampak loving sungguh. Dengan kehadiran si comel Engku Aleesya lagi.  Sumber : Google SHAH ALAM: Pelakon popular, Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, sebentar tadi.  Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.   Apapun, me tetapkan doakan yang terbaik buat mereka. Kesian kat Engku Aleesya. Hurmm.. Mungkin ALLAH ada perancangan yang lebih baik untuk kedua mereka. sumber berita :  Berita Harian Online

Isteri Umur 13 Tahun Dicerai Talak 3

Image
MASIH ingatkah anda dengan perkahwinan pasangan muda Nor Fazira Saad, 13, dan Mohd Fahmi Alias, 20, di Kulim, Kedah pada 17 November tahun lalu? Perkara itu mendapat liputan yang cukup hangat lantaran usia mereka terutamanya pengantin perempuan baru menginjak 12 tahun pada waktu itu. Nor Nazira dan Mohd Fahmi dinikahkan selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008 dengan mas kahwin RM1,500 dan wang hantaran RM4,552. Sewaktu ditanya pihak media, kedua-duanya pernah mengatakan yang mereka sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab suami-isteri dan usia bukanlah penghalang untuk mereka. Pada masa yang sama, keluarga terutama bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berpendapat tindakannya mengahwinkan anaknya yang sudah tidak bersekolah selepas tamat darjah enam itu adalah kerana tidak mahu pasangan ini terjebak dalam maksiat. Bagaimanapun, beberapa jam yang lalu, kami terkejut apabila mendapat perkhabaran bahawa...