Posts

Showing posts with the label Air Asia

Kini Giliran MAS Pula Sindir Air Asia

Image
Perkhidmatan penerbangan Air Asia hari ini menarik perhatian orang ramai apabila mengiklankan promosi 'Nasi Lemak Kami Lengkap! Macam ini baru betul' di akhbar Berita Harian. Melalui muka surat kedua akhbar itu, promosi itu turut menyenaraikan kandungan lengkap hidangan nasi lemak Pak Nasser iaitu kacang, ikan bilis dan rendang ayam. Tindakan mengiklankan 'Nasi Lemak Pak Nasser' oleh Air Asia dilihat berkait rapat dengan teguran chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan terhadap mutu perkhidmatan Malaysia Airlines (MAS) yang menghidangkan apa yang didakwanya sebagai 'nasi lemak teIanjang'. Dalam pada itu pihak MAS mengeluarkan kembali iklan yang turut berbaur sindirian keatas AIR ASIA berkenaan dengan percutian ke Maldives, yang baru-baru ini pihak Air Asia telah menghentikan perkhidmatan penerbangan ke tempat tersebut.

AirAsia Indah Khabar Dari Rupa

Image
Di sini saya ingin membuat pengaduan mengenai ketidakadilan Air Asia dengan tidak membenarkan saya dan keluarga menaiki penerbangan ke Sarawak. Sebagai warga semenanjung yang tidak pernah berkunjung ke Sarawak dan pertama kali menggunakan Air Asia memang sesuatu yang mengujakan untuk bercuti kesana. 17.11.2013 Jam  5:00  pagi kami sekeluarga telah siap untuk check-in di kaunter Air Asia Bayan Lepas, Pulau Pinang. Namun alangkah hampa kami tidak dibenarkan untuk menaiki penerbangan dengan alasan tidak membawa sijil lahir asal anak kami yang berumur 11 tahun padahal kami telah membawa salinan yang difotokopi dari salinan asal. Saya telah diarahkan untuk pulang mengambil slinan asal di Sungai Petani ,sesuatu yang mustahil kerana jambatan Pulau Pinang di tutup kerana ada larian jambatan Pulau Pinang. Walaupun penerbangan asal pukul  7:00  telah di tunda pada 8;45 pagie. Kami telah membuat rayuan sehingga jam  7:30  . Tidak ada satu pun yang cuba untuk membantu ...