MH370 Ditangkap Tentera Laut Amerika? Respond Datuk Seri Hishammudin
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi menegaskan Malaysia tidak pernah menyorokkan apa-apa maklumat mengenai MH370 dan berkata negara telah bersikap terbuka khususnya melibatkan perkongsian data tentera. “Jika anda kata saya sembunyikan maklumat, maklumat apa yang saya sembunyikan? Jika pada akhirnya, ada sesuatu mengenai juruterbang atau keganasan. Apa kata bila kami jumpa kotak hitam baru kami dapati ia merupakan rancangan keganasan? Pada masa itu kami akan dikatakan tidak bertanggungjawab dengan menyatakan sesuatu sekarang tanpa disahkan,” katanya. Mengenai spekulasi MH370 telah mendarat di pangkalan tentera Amerika Syarikat Diego Garcia di Lautan Hindi, Hishammuddin positif negara itu tidak terlibat berdasarkan banyak aset mereka yang telah dikerahkan untuk operasi SAR termasuklah pengesan kotak hitam. Hishammuddin berkata, jika benar wujud konspirasi sedemikian, tidak mungkin Amerika mahu membelanjakan ...