Posts

Showing posts with the label azan

Jantung Muadzin Mengumandangkan Azan Setelah Mati Jasadnya

Image
Kisah nyata dari Arab Saudi. Dr Jasim Al Haditsy, seorang penasihat kesihatan jantung di Hospital di Riyadh menceritakan.. “Salah seorang rakanku bercerita kepadaku, suatu malam semasa dia bertugas ada seorang pesakit yang meninggal dunia Untuk memastikan kematian pesakit tersebut, dia meletakkan stetoskop di dada pesakit tersebut kemudian mendengar suara azan,’Allahu Akbar, Allahu Akbar, Asyhadu alla ilaha illallah’ Dia berkata,”saya rasa sudah azan subuh…..pukul berapa sekarang???” Jururawatnya berkata : “pukul satu pagi” Saya tahu bahawa masa itu belum masanya solat Subuh Kemudian saya meletakan kembali stetoskop diatas dada pesakit tersebut dan kembali mendengar azan tersebut hingga selesai Lalu keesokan harinya saya bertanya kepada keluarganya tentang kehidupan arwah. Keluarga pesakit tersebut mengatakan dia (pesakit yg meninggal) bekerja sebagai muazzin di sebuah masjid. Dia biasanya datang 15 minit sebelum waktu solat datang ia selalu mengkhatamkan Al Qur’an dalam tiga hari ...

Punca Sebenar Lelaki Ini Buat Laporan Polis Azan Terlalu Kuat

Image
Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti terkejut dengan satu laporan polis yang tersebar baru-baru ini. Manakan tidak, jikalau si pembuat laporan adalah seorang non-muslim sudah tentu kita tidak terperanjat. Namun, kali ini adalah seorang lelaki melayu muslim. Dan sudah tentu ramai yang marah akan tindakan lelaki itu. Namun agak menghairankan apabila gambar wajah lelaki itu seakan tidak melambangkan wataknya. Dengan ketayap yang sentiasa melekat di kepala dan perwatakan yang sederhana, sudah tentu ada perkara lain yang membuatkan beliau tampil membuat laporan polis itu. Hari ini, satu artikel pencerahan ditulis oleh seorang penduduk di kawasan kejiranan masjid itu. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang menerangkan punca sebenar kejadian itu berlaku. Jom baca penerangan beliau dibawah: Assalamualaikum Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentan...

Video Kalimah Allah Dan Muhammad Muncul Ketika Azan

Image
Subhanallah, terasa berbekas di hati apabila melihat kebesaran Allah SWT dalam video di bawah. Tak pasti di masjid mana dan sewaktu azan untuk solat apa (kemungkinan besar di Masjid Nabawi, Madinah sewaktu maghrib) tapi di saat suara muazin berkumandang, kelihatan gumpalan awan di langit membentuk kalimah Allah dan Muhammad dengan jelas. Memanglah ini bukan kes pertama gumpalan awan membentuk kalimah Allah disaksikan di langit tapi kali ini, ia membentuk sekali kalimah Muhammad dan kelihatan cuma bersebelahan. Saksikan video di bawah. Mudah-mudahan ia dapat menyentuh hati sesiapa sahaja yang menonton seterusnya menyedarkan kita tentang kekuasaan Yang Maha Esa. – REM RAMZI