Posts

Showing posts with the label taufan

20 Gambar Puting Beliung Di Johor Baharu

Image
18 Dis 2013 - Fenomena puting beliun baru sahaja berlaku petang tadi di johor bahru. Ramai yang berjaya merakam gambar puting beliung tersebut di sekitar JB dan Singapura.  Pembentukan puting beliung tersebut tidak lengkap kerana tidak mencecah daratan. Sekiranya berterusan, pasti akan merosakkan harta benda yang berada di sepanjang laluan puting beliung tersebut. Untuk rekod, Malaysia juga pernah mengalami puting beliung di beberapa tempat seperti yang berlaku di Kota Damansara pada tahun 2010. Kejadian berlaku di PPR Seksyen 8 dimana puting beliung itu telah merosakkan kesemua gerai penjaja disitu.

Patung Jesus Berdiri Teguh Dihentam Taufan Haiyan Vs Masjid Tak Ditenggelami Banjir

Image
Patung Jesus dikhabarkan kekal berdiri selepas dihentam Taufan Haiyan Pasca Taufan di Acheh dahulu, fenomena masjid kekal teguh tak tersentuh dek taufan hangat dibicarakan di Malaysia, sebagai tanda keagungan Allah SWT, dikait juga bahawa ianya adalah dalil bagaimana benarnya Islam, hinggakan bencana yang menimpa tidak menyentuh masjidnya. Baru-baru ini, di Filipina, berlaku taufan yang dahsyat. Namun usai itu semua, ada cerita yang menggemparkan. Patung Jesus tegak berdiri walaupun taufan yang membelasah tempat itu dasyat sekali. Maka bergemalah pula bahawa itulah bukti kebenaran Kristian. Bahkan ada muslim yang seakan tergugah. “Bagaimana? Patung Jesus itu kekal berdiri selepas dibantai taufan. Apakah agama mereka benar?” Fenomena keajaiban-keajaiban menjadi dalil kepada kebenaran sesuatu agama ini menarik perhatian saya. Tidak mahu saya masuk kepada perbahasan agama mana yang lebih benar, saya sebagai seorang muslim ingin memberikan pandangan melalui perspektif say...