Posts

Showing posts from May, 2018

Sirul Azhar Sedia Dedahkan Kisah Sebenar Pembunuhan Altantuya

Image
SHAH ALAM : Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar sedia mendedahkan perkara sebenar dalam kes kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang berlaku 12 tahun lalu. Dalam satu kenyataan, Sirul Azhar berkata, dia sedia membuat pendedahan itu dengan syarat diberikan pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong. “Tanpa pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong, Australia tidak boleh melepaskan saya daripada tahanan,” katanya. Menurutnya, dia sedia bekerjasama dengan kerajaan baharu untuk menjadi saksi sekiranya kes itu dibuka semula. Advertisement “Saya mengalu-alukan pertolongan daripada kerajaan Malaysia dan memohon kerajaan bekerjasama dengan kerajaan Australia bagi membebaskan saya daripada Pusat Tahanan Imigresen di Brisbane, Australia,” katanya. Sirul Azhar berada dalam tahanan imigresen di Brisbane sejak 20 Januari 2015. Menurutnya, hasrat itu disuarakan susulan rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan perbicaraan kes bu