Apakah Agama Ultraman Sebenarnya?
Ayah, Ultraman Apa Agamanya? Satu persoalan spontan dan mungkin mengejutkan. Mungkin ramai diantara kita anggap ia satu persoalan bodoh. Lalu menjawab pertanyaan itu dengan alasan tertentu demi membantutkan rasa ingin tahu seseorang anak kecil agar mereka tidak bertanya lagi perkara seperti itu. Apakah Agama Ultraman yang sebenarnya. Cuba kita tanya diri sendiri, Adakah kita sebenarnya tahu untuk menjawab persolan itu. Atau mungkin kita tidak tahu! Tetapi adakah perlu kita memerah otak untuk memikirkan jawapan Apakah Agama Ultraman itu sebenar-benarnya. Agak bodoh, dan sekiranya ada jawapan mengenai Agama Ultraman, apakah faedahnya? Kadang-kadang persoalan yang remeh disekeliling kita besar pengertiannya. Berfikir adalah satu proses. Apabila kita cuba berfikir untuk mencari jawapan tentang sesuatu perkara, dengan izin Allah kita akan diberi satu petunjuk yang indah. Walaupun persoalan itu tidak dapat dijawab sekalipun, usaha kita menghayati dan memahami makna disebalik sesuatu pas...